OUR PM PEGANG DUIT KERTAS BARU RM20

new bank notes of twenty ringgit (2012)

Kelmarin me kan sudah tukar duit kertas siri terbaru 2012. Tetapi me cuma tukar duit RM1, RM5 dan RM10. Bila balik rumah semalam, tetiba me rasa teringin juga nak tukar duit kertas baru RM20 yg diperkenalkan semula. Duit siri baru RM50 dan RM100 boleh tunggu.

Jadi pagi tadi, me sudah suruh anak lanang pergi bank di Ampang Park itu.

Dipendekkan cerita, hari ini me sudah pun dapat tengok dan pegang duit baru RM20. Tapi duit baru RM1 kehabisan stok pula. Kena tunggu minggu depan kata anak lanang. Sebenarnya PM DS Najib sudah pun lama dapat pegang duit kertas baru RM20. [+ sharinginfoz ]

Untuk pengetahuan terutama yang lahir selepas tahun 1995 dan yg masalah ingatan jangka pendek, wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan pada tahun 1982 dan dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Nota. Utk kengkawan yg terlupa atau masih tidak tahu maksud anak lanang yg me sudah sebut2 tempohari sila klik di SINI ya. [+ Wedok vs Lanang ]

Alahai.

my new twenty ringgit