ADA MAKK AMEK KESAH?

An animation of the Leaning Tower of Teluk Anson.

Me memey (baca memang) sudah rancang hendak tangkap gambiran matahari terbenam di Kampung Sungai Haji Dorani itu petang tadi. Tapi bila terperangkap dalam kemacetan jalanraya di Jalan Semarak menuju lebuhraya Duke dan bila sampai di Plaza Tol Jalan Duta, dan ternampak awek LAWA bawa BLM, tiba-tiba saja me tukar fikiran. Nak ripit tangkap gambiran waktu malam Menara Condong Teluk Intan pun boleh juga.

Tahun lepas pun me pernah ke sini. [+ this is the reason why I came to Perak last weekend ] Nasib baik juga apek yg jaga menara itu sudah baiki lampu kalimantang di tingkat 3 dan 4 yg rosak dulu. *Ketawa.

Dipendekkan cerita, me sudah beli juadah mee hoon goreng di Hentian Rehat & Rawat Sungai Buloh dan berbuka puasa di Hentian Sebelah Ladang Bikam. Mamam atas bangku saja tapi.

Sampai di Plaza Tol Bidor (bayaran tol adalah RM17.60) pun hari sudah malam. Sempat tangkap sekeping dua keping gambiran di Menara Condong sebelum pulang ke Bukit Belacan.

Nota. Me memey nak buat protected entry dan letak password. Tapi rasa macam kurang asamboi saja kan. Kannns.

Pascanota. Ada kengkawan yg komplen pasal gambar animasi diatas tidak dapat ditonton dlm skrin monitor memasing. Me pun tidak tahu kenapa sebab kelmarin semasa me postkan tiada apa-apa masalah yg berlaku.

Alahai.

with half-moon on top of the tower.
green fluorescent lights with crescent moon of the night
RED LIGHTINGS
the tower entrance
THE WRITE-UP OF THE HISTORY
aDm
adm and me

14 thoughts on “ADA MAKK AMEK KESAH?

  1. Barulah kelas gambar siap boleh tukar2 warna kat menara tu.

    Kalau nak jimat bayaran tol tak payah keluar masuk ikut plaza tol Bidor. Ada jalan dalam dan tembus kat plaza tol Behrang.

  2. ha ah kurang asam boi kalau letak passw… tak kuasa aii noks 😛

    chantek le menara condong tu dgn kamera hj. me.
    Kalu guna kamera sy.. kompim2 ber’dust’ ahhaha.

    1. ahhaaa.. tapi kekadang memang terasa nak letak passwod ye mekk.. uhhuuu

      kalo letak mek kat menara condong tu lg chantek berseri kanns.. ehhee, tenkiu mekk tuu

  3. saya pun nak ripit leaning tower ni belah malamnye pulak. tapi setakat 180km/h je mampu…

    *animation nye belum nampak lagi lorr…lembab sikit pc pagi ni.

Comments are closed.