HOW TO CREATE GROUPON PHOTOBOOK

Stage on Jalan Ampang

Sejak dua menjak ini ada ramai kengkawan me tanya macamana nak buat photobook itu. Me bukanlah pandai nak tunjuk secara terperinci cara-caranya. Tapi ilmu bukan boleh dibawa masuk ke kubur kannns. Lagipun banyak dalam blog oranglain sudah bercerita. Antaranya ialah blog [+ lanabusybee ]. Tapi secara kasarnya, begini.

  1. Mula-mula anda kena daftar dan beli baucer Groupon. Biasanya RM69, tetapi kekadang ada tawaran sehingga RM50. Bergantung pada syarikat yg menawarkan perkhidmatan photobook tersebut.
  2. Kena baca syarat dan terma dalam baucer Groupon yg anda sudah beli. Lain syarikat berlainan pula caranya. Muat turun design software yg disarankan untuk pertama kali.
  3. Sebelum itu, sediakan satu folder untuk gambar-gambar yg anda ingin muatkan dalam photobook anda itu nanti. Biasanya syarikat memberi tawaran sehingga 36 mukasurat sahaja. Biasanya juga, me sediakan lebihkurang 120 gambar untuk satu photobook. Lagi banyak gambar lagi kecil saiz gambar tersebut dalam photobook nanti.
  4. Selepas selesai mengubahsuai gambar-gambar dalam photobook, anda boleh menghantar pdf files dengan menggunakan emel kepada syarikat. Sambil itu, anda dikehendaki menghantar juga maklumat peribadi yg dikehendaki termasuk nombor siri baucer. Anda ada pilihan untuk menyuruh syarikat menghantar photobook itu ke rumah anda atau anda boleh mengambilnya sendiri dikedai cawangan syarikat.
  5. Biasanya syarikat meminta tempoh selama 2 minggu untuk menyiapkan photobook anda.

Selamat mencuba dan beramal.

Alahai.

8 thoughts on “HOW TO CREATE GROUPON PHOTOBOOK

  1. Tq sebab buat entry utk soalan mama tu…..boleh tunjuk satu photobook en me yg da siap? nak tgk tahap kecantikannya…hehe….buleh ker…

Comments are closed.