Month: July 2012

HIGHWAY BARU JB – PASIR GUDANG

on new Highway (Beach Road) Johor Bahru to Pasir Gudang, near Idemitsu

Tadi petang sudah pergi bayar hutang di bank Taman Molek itu.

Lepas itu pergi Pasir Gudang hendak cari juadah berbuka puasa dengan kaum kerabat ikut lebuhraya baru tepi pantai. Dari Plentong mula-mula masuk ikut Permas Jaya, limpas Megah Ria, limpas Kampung Teluk Jawa, limpas Taman Rinting dan terus ke Taman Mawar.

Lebuhraya yg tiada tol ya. Harap-harap lepas ini, lebuhraya lama Pasir Gudang makin berkurangan sesaknya.

Alahai.

OFF COMMENTS

cikBibahpepel new turn signal replacement

Pagi tadi baru dapat tukar ganti baru penanda arah cikBibahpepel me yg rosak itu. Itupun lepas telefon bahagian pengaduam awam ibupejabat perodua.

Alahai.

ON JALAN TUN RAZAK YESTERDAY

YESTERDAY 5.19PM ON JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR, 15 MINUTES BEFORE I INJECTED MYSELF INTO THE TRAFFIC BLOOD VEINS

Petang jumaat semalam, me balik kerja lambat sikit. Sebenarnya tak macam selalu. Selalunya kan me balik awal.

Keadaan di simpang empat Ampang Park memang bercelaru. Sesak bontot ke bontot. Dekat satu jam baru limpas terowong Smart lah sangat itu.

Alahai.

BYE BYE KEY ELL

KLCC view from Bukit Belacan during sunset last evening

Selamat malam Kuala Lumpur dan selamat berhujung minggu dan selamat berpuasa untuk semua kawan-kawan me lah.

Alahai.

OUR PM PEGANG DUIT KERTAS BARU RM20

new bank notes of twenty ringgit (2012)

Kelmarin me kan sudah tukar duit kertas siri terbaru 2012. Tetapi me cuma tukar duit RM1, RM5 dan RM10. Bila balik rumah semalam, tetiba me rasa teringin juga nak tukar duit kertas baru RM20 yg diperkenalkan semula. Duit siri baru RM50 dan RM100 boleh tunggu.

Jadi pagi tadi, me sudah suruh anak lanang pergi bank di Ampang Park itu.

Dipendekkan cerita, hari ini me sudah pun dapat tengok dan pegang duit baru RM20. Tapi duit baru RM1 kehabisan stok pula. Kena tunggu minggu depan kata anak lanang. Sebenarnya PM DS Najib sudah pun lama dapat pegang duit kertas baru RM20. [+ sharinginfoz ]

Untuk pengetahuan terutama yang lahir selepas tahun 1995 dan yg masalah ingatan jangka pendek, wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan pada tahun 1982 dan dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Nota. Utk kengkawan yg terlupa atau masih tidak tahu maksud anak lanang yg me sudah sebut2 tempohari sila klik di SINI ya. [+ Wedok vs Lanang ]

Alahai.

my new twenty ringgit

NEW BANK NOTES

One ringgit (USD0.30), no date with signature of Zeti Akhtar Aziz.

Semalam mQ dah bising-bising pasal stok duit sehinggit buat belanja sekolah kaum kerabat sudah hampir kehabisan.

Bila me pergi ke bank di Ampang Park itu, me lihat memang ramai orangramai sedang beratur juga. Adalah 5 orang. Kebetulan ada seorang kawan (sekerja tempat syarikat lama) pun tiba-tiba beratur belakang me. Nak tukar duit baru katanya. Barulah me perasan yg matawang siri baru sudah dikeluarkan kelmarin.

Dipendekkan cerita, bila me masuk bilik kaunter juruwang, rupanya cuma had sehatus hinggit untuk seorang pelanggan saja boleh ditukar pada hari itu. Bukan duit raya, kata kerani kaunter yg buat muka tarik tapi tetap jelita.

Alahai.

AKU TAK SUKA CHICKEN WINGS

Vivo’s Honey Baked Wings at Tebrau City

Di pasar lambak semalam, mQ sudah pesan 20 (baca dua puluh sahaja) (ketul) kepak ayam bakar untuk kaum kerabat.

Tengahari tadi, di restoran piza Amerika itu pun mQ sudah pesan kepak ayam juga. 4 keping ketul saja. Tiba-tiba minda bercelaru berkenaan pencarian penjodoh bilangan untuk kepak ayam pula.

Postnote. Thanks to my cyberfriend for the ‘penjodoh bilangan’ itu. 😉

Alahai.