
Penulis sudah lama teringin membuat kesan khas bokeh. Baru tadi malam penulis mencubanya. Walaupun dengan peralatan ringkas, penulis merasakan cubaan membuat bokeh adalah aktiviti yg mencabar juga. Tidaklah semudah yg penulis sangka sebelum ini. Mungkin dilain kali penulis berkeinginan mencubanya sekali lagi.
Penulis masih ingat lagi kali terakhir penulis membuat entri bokeh ialah 2 tahun yg lalu di luar negara. Entri [+ DrSinga pun suka Bokeh ] yg berlatarbelakangkan taman bunga-bunga tulip di Melbourne memang menarik pandangan penulis.
Hari ini pun ramai kawan-kawan pembaca blog penulis yg masih tidak tahu dan faham apa maksud ‘bokeh’. Ada yg bertanya ‘Bokeh tu gapo?’. Ini adalah disebabkan istilah ‘bokeh’ berasal dari Bahasa Jepun dan hanya digunakan dalam bidang fotografi sahaja. Secara ringkasnya, ‘bokeh’ bermaksud bahagian objek dalam gambar yg kabur disebabkan jarak objek-objek yg berlainan diantara satu sama yg lain. Dalam bahasa Inggerisnya, ‘bokeh’ disebut ‘blur’. Manakala ‘Sembilan’ dalam bahasa Jawa disebut ‘Songo’.
Alahai.


kali kedua dgr perkataan bokeh mlm ni….geng drsinga la ni….btw….bokeh tu gapo?
me dah jawap ye mama doc.. harap maklumm.. kehh
nak jugak lah bereksperimen dgn bokeh. Tapi tak tau la kamera gb ni boleh ke buat?
jgn buat, beli kamera dslr jeee.. ehhheee
Cermin mata hero dan heroin tu sama la. Beli sekali ke? Dapat diskaun tak?
tak beli sekali la makcik snuz tuu.. beli kedai yg sama kat tesco tapii.. ihikkks