SEPUTAR MALAYA: DAY 5 STATE 1

PANTAI PASIR LANUN, ENDAU, JOHOR

Hari ini hari Sabtu dan hariraya yg ke enam tahun 2012.

Alhamdulillah. Penulis bersyukur ke hadirat Illahi kerana berjaya berlari-larian dengan kak Jnulekasnova mengelilingi satu semenanjung dan tiba di rumah dgn selamatnya. Alhamdulillah sekali lagi.

Selama lima hari empat malam, dengan jarak perjalanan sejauh dua ribu kilometer menaiki kak Jnulekasnova yg baru, dengan menghampiri beberapa kejadian kemalangan hampir kena (baca ‘near missed’), dengan cabaran bercakaran mulut dan perasaan penulis dengan kaum kerabat penulis sendiri, akhirnya penulis berjaya melalui kesemua negeri-negeri di semenanjung (kecuali negeri Perlis) seperti yg penulis telah rancangkan beberapa minggu sebelum ini.

Selama dalam perjalanan mengelilingi semenanjung ini, penulis juga berjaya mengemaskini blog yg penulis Tak Suka ini setiap hari dengan ‘stail gambar macam cover album kumpulan rock’ itu. Walaupun begitu, penulis akan memaparkan kemudian beberapa gambar-gambar lain. InsyaAllah.

Dan akhirkata, penulis ingin mengucapkan ribuan terimakasih juga kepada kawan-kawan dan pembaca blog yg penulis Tak Suka ini kerana masih setia berkunjung dan memberi komen-komen yg membina setiap hari.

Alahai.

Semenanjung Tanah Melayu (Seputar Malaya) 2012

5 thoughts on “SEPUTAR MALAYA: DAY 5 STATE 1

  1. Alhamdulillah selamat. Bercakaran mulut & perasaan tu perkara biasa bila dah duduk satu van dalam jangka masa panjang. Kalau semua sengap ja, mengantuk nanti woh😀

Comments are closed.