
Sementara menunggu anak dara penulis mendengar taklimat ringkas di kolej bahasa Jepunnya, penulis sempat berlari-larian ke pekan kecil Broga yg terletak di sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan.
Nota. Penulis pernah memanjat Bukit Broga dua kali. Yg pertama penulis berkejaran untuk menangkap sunsite sunset. Yg kedua pula penulis sempat sampai ke puncaknya untuk menangkap dan menikmati keindahan sunrice sunrise.
Nota lagi. Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga. Beroga juga dikatakan berasal dari kata Buragas, iaitu rasaksa yang sangat besar dan ganas, hidup di dalam tanah, sesekali keluar mandi di kawasan air terjun. Tanda-tanda Buragas akan keluar ialah apabila hujan panas pada waktu tengah hari. Ketika itu pasti ada darah tumpah akibat pertarungan antara dua jejaka. Buragas akan keluar mencari dua jejaka tersebut dan memusnahkan kedua-duanya serta kampung halaman.
Alahai.








Teruknya pokok getah tu….sure yg menoreh tu tak pandai menoreh
mesti ko pakar menoreh kanns.. ehhee
lorr…gitu ker kisah nya sejarah broga nih..hehe
sy nih duk situ, tp xtau pun sejarahnya cmna… =)
gitulaa.. tak tumbuh tak melata kanns.. ehhee
ooo..sekolah jenis kebangsaan cina kampong baru broga tu rupanya merupakan sebuah sekolah jenis kebangsaan cina yang letaknya di kampong baru broga..baru gb tauuu….
tauu xperr., ehhee
best.. melihat Broga dari persepektif yang berbeza
ko penah ke Broga ke bro? ehhhee..
Pernah lalu je, tak pernah explore sampai masuk kebun getah 😀
Bila tengok gambar2 dlm entry ni, terus terasa macam nak balik kampung ja. baru seminggu, dah rindu suasana kampung. kampung saya dalam kawasan ladang getah. 🙂
balik la lagik.. dan lagikks.. ihiks