Month: August 2012

KANCIL TERSEPIT DITENGAH-TENGAH

CRV, VIVA ELITE, UNSER AND YAASIR

Setelah berbincang dengan isteri penulis, walaupun berat terasa dihati, namun akhirnya penulis akur terpaksa melepaskan kereta-kereta besar itu hari ini.

Walaupun Toyota Unser sudah lebih 10 tahun usianya, namun penulis merasakan baru kelmarin saja memiliki Honda CRV yg itu. [+ cik siarbi ! ]

Alahai.

SAPPHIRE 8

SAPPHIRE 8, MASAI

Tadi malam, penulis tiba di Masai pun sudah hampir tengahmalam. Dengan keadaan kereta penulis yg terhenggot-henggot yg membuatkan hati penulis risau sepanjang perjalanan di lebuhraya itu. Penulis hendak memotong lori balak di lorong paling kiri pun teragak-agak sampai penulis kena berfikir tujuh lapan kali dan lapan lagi. Tapi penulis bersyukur juga, yg penting dapat tiba dirumah dan dapat berjumpa dengan kaum kerabat penulis dengan selamat.

Alahai.

BAGAIMANA NAK MEMUASKAN ORANG POMPUAN

UMW TOYOTA MOTOR, JALAN TUN RAZAK (SUSUR 5)

Translated. How to satisfy your woman. Comment satisfaire votre femme. Как удовлетворить вашу жену.

Penulis merasakan sudah sampai masa untuk menukar milik 2 buah kereta penulis dan diganti dengan sebuah van. Penulis rasa juga memiliki empat buah kereta dalam sesuatu masa bukanlah sesuatu tindakan yg bijak. Lainlah kalau penulis punya banyak rumah dan tangga seperti abang SY.

Alahai.

around Toyota showroom last Sunday

THESE LAST THREE MONTHS

movies i watched for the last three months

Untuk beberapa bulan kebelakangan ini, penulis sudah memuat-turun banyak cerita wayang gambar. Dan setiap hari, bila ada kelapangan masa, penulis akan menonton cerita-cerita wayang gambar tersebut seorang diri saja.

Untuk catatan, gambar kolaj diatas adalah klip dari cerita wayang gambar berikut, mengikut susunan barisan.

Barisan satu dari kiri: Casino, Survival Style + 5, The Piano, 3 Idiots, The Japanese Story.
Barisan kedua: The Tracker, The Man From Snowy River, Gallipoli, Suna No Onna, A Soldier Story
Barisan ketiga: Butch Cassidy & Sundance Kid, Dark City, Bourne Ultimatum, The Hangover, Transamerica
Barisan keempat: The Graduate, Blues Brothers, Blade Runner, It Could Happen to You, A Man On A Ledge
Barisan kelima: The Usual Suspect, Frozen, Full Metal Jacket, The Reef, Wall Street
Barisan keenam: Gone In 60 Seconds, Leaving Las Vegas, 2 Days In Paris, Cedar Rapids, Cocoon
Barisan ketujuh: Machete, The International, The Town, Black Water, Cowboys & Aliens

Notatepi. Wikipedia movie review. Rotten Tomatoes.

Alahai.

TIDUR ITU LEBIH BAIK DARI MEN’YUNRISE’

AMPANG HILIR LAKE GARDEN

Kadang-kadang penulis rasa malas hendak mengemudi kenderaan ke tempat yg jauh hanya untuk menangkap cahaya terbit matahari.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, penulis rasa pun sempat untuk menikmati keindahan terbitnya matahari diwaktu pagi yg nyaman. Walaupun gambar-gambar yg penulis tangkap tidaklah se’nais’ mana.

[+ 24/12/2010 – A new gear set on Ampang Lake ]
[+ 8/1/2011 – 8/365 ]

Alahai.

TAMAN TASIK AMPANG HILIR

TAMAN TASIK AMPANG HILIR THIS MORNING

А. Коркунов | A. KORKUNOV

A. Korkunov – A Russian chocolate bar

Мой коллега по проектированию в PDMS, г-н Александр Уразаев, находившийся в Куала-Лумпур в течение двух недель и в эти выходные собирающийся обратно. Сегодня он неожиданно сделал мне подарок, плитку Российского шоколада в качестве сувенира. Я его премного поблагодарил.

Terjemahan. Rakan sekerja penulis dari Rusia, yg telah bertugas sementara disini selama 2 minggu, akan terbang pulang ke Rusia pada hujung minggu ini. Hari ini, tiba-tiba Alex memberikan penulis sekotak cokelat Rusia. Thank you, Alex.

Alahai.

ALEXANDER URAZEAV

MANE DE LIGHT-TRAILS TENGAH2 HARI BUTA

a Tampoi town area view from Plaza Angsana’s fifth floor

Penulis rasa pun memang bersetuju kalau boleh mengambil gambar ‘light-trails’ dari atas tingkat lima di Plaza Angsana. Tetapi aktiviti tersebut haruslah dibuat dimalam hari juga.

Berkenaan gambar diatas, penulis mengambilnya hari Sabtu yg baru lepas. Penulis melihat memang banyak projek-projek baru sedang giat dibangunkan di sebelah kiri dan sebelah kanan jalan Tampoi. Berkemungkinan besar penulis akan mengambil gambar dari tempat dan arah yg sama tahun hadapan. Itupun kalau penulis masih mempunyai ingatan yg kuat.

Alahai.