
Minggu lepas bila penulis tiba di Plaza Angsana, penulis melihat tempat parkir kereta sudah penuh hingga ke tingkat paling atas. Mulanya penulis hendak memarkir kereta di kawasan luaran saja, tapi terasa malas pula hendak berjalan kaki masuk ke tempat membeli-belah itu.
Tapi semalam, penulis sudah tiba lebih awal. Walaupun tempat parkir sudah banyak dipenuhi, penulis terpaksa akur memarkir kereta ditingkat paling atas iaitu tingkat lima.
Penulis tidaklah membeli apa-apa sangat kecuali beberapa jenis kuih-kuih raya dan serunding ayam saja.
Dan semasa hendak balik, penulis melihat tempat parkir sudah pun dipenuhi sehinggala ke tingkat paling atas dimana penulis memarkir kereta. Dan ada beberapa buah kereta sudah pun menunggu untuk mengambil tempat parkir penulis juga.
Alahai.

