KAWAN-KAWAN YG KITA SUKA

Stor teater Dewan Bahasa Pustaka

Sebenarnya penulis pun tidak ingat bila kali terakhir penulis menonton teater di panggung Istana Budaya. Dan penulis memey sudah lama ingin menonton teater di Stor Teater Dewan Bahasa Pustaka yg itu. Tetapi selalunya teater berlangsung dihujung minggu yg tidak mungkin penulis dapat hadiri.

Tapi kelmarin ada rakan penulis sudah beritahu teater arahan Fasyali Fadzly yg bertajuk ‘Kawan-kawan Yang Kita Suka’ akan berlangsung mulai hari Rabu (5 September 2012). [+ Blog pengarah Fasyali Fadzly ]

Dipendekkan cerita, penulis sudah pun menempah tiket melalui talian telefon. Dan semalam penulis sudah berlarian ke Stor Teater dan mencari tempat parkir agaklah mencabar juga untuk penulis yg pertama kali kesana. Penulis terpusing-pusing juga yg akhirnya penulis terpaksa parkir kereta dibawah bangunan Dewan Bahasa Pustaka yg ada replika buku besar diatasnya. Seterusnya penulis terpaksa berjalan kaki keluar bangunan dan menapak ke Stor Teater yg bersebelahan.

Semasa menonton teater yg bermula tajam pukul 8.31malam di dalam bilik sempit yg tiada pusingan udara segar yg elok agak kurang selesa juga. Walaupun begitu, persembahan lakonan dari para pelakon muda tidaklah mengecewakan penulis sebagai penonton yg dapat menjiwai jalan cerita yg cuba disampaikan oleh pengarah teater tersebut.

Alahai.

14 thoughts on “KAWAN-KAWAN YG KITA SUKA

      1. lama dah bro.. zaman sekolah dulu, itu pun macam terpaksa je..
        bangsawan kisah Puteri Gunung Ledang.. last2 ada student yg kena rasuk dan histeria.. rupanya pasukan bangsawan tu memang ada pawang dia untuk control keadaan, sejak tu tau yg team bangsawan ni ada mistik rupanya..

Comments are closed.