SMOOTH AS SILK

KANSAI PAINT CATALOGUE

Isteri penulis sudah lama membebel-bebel menyuruh penulis mencari pengecat rumah untuk mengecat dinding dalam rumah yg sudah usai warnanya dan juga yg diconteng dengan cantik oleh si Yaasir sejak dia mula pandai melukis. Tetapi sekarang Yaasir pun sudah besar dan sudah malas hendak menconteng dinding-dinding bilik dan tangga rumah sejak Yaasir sudah ada iPad.

Kelmarin apek tukang cat sudah memulai mengecat rumah. Bukannya tiada bapak-bapak Indon yg boleh mengecat rumah, tapi ramai masih belum balik dari kampung sempena cuti lebaran yg panjang kelmarin. Bukannya penulis tidak mahu tunggu, tapi isteri penulis sudah berguling-guling menarik-narik rambut menyuruh mengecat rumah dengan segera sementara anak lanang penulis masih ada dirumah sebelum berangkat ke seberang lautan. Setakat ini penulis berpuashati juga dengan cara apek itu membuat kerja-kerja mengecat dengan teliti.

Alahai.

6 thoughts on “SMOOTH AS SILK

Comments are closed.