
Hari ini hari Malaysia.
Moga-moga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin ya robbal alaminn.
Alahai.
Hari ini hari Malaysia.
Moga-moga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin ya robbal alaminn.
Alahai.
Tiba-tiba malam tadi penulis keluar mengeteh dikedai mamak itu dengan dua orang anak lanang penulis yg itu.
Alahai.
Ada rakan penulis menyuruh penulis menangkap gambiran sunset dari Bukit Ampang berdekatan Menara Tinjau yg sudah ditutup itu untuk menyaksikan matahari terbenam dicelah-celah Menara Kembar KLCC. Tetapi penulis tidak percaya kerana penulis melihat sendiri dari beranda rumah merpati penulis yg itu matahari tidak akan terbenam ditempat yg sama setiap hari sepanjang tahun. [+ eHow ]
Ditambah dengan awan yg tebal di ufuk barat, lebih baiklah penulis pergi ke Ampang Point menjamu selera Nasi Goreng Ayam Linda Onn yg sedap itu.
Nota. Walaupun kebiruan langit itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi masih dapat ditangkap dengan kamera muhrahan cap aiYam juga. Kenapa? Tidak percaya?
Alahai.
Sebenarnya sudah lama penulis ingin memuatturun lagu-lagu mp3 dari laman web. Dan semalam baru penulis berjaya melakukannya. Dan penulis sudah bersedia untuk menyalin lagu-lagu karaoke itu ke dalam pemain mp3 untuk didengar didalam kereta penulis yg itu.
| Cinta Pantai Merdeka (Jinbara) | Mengusung Rindu (Spin) | Janji Manis Mu (Aishah) | Akulah Kekasih Mu (Axl) | Andai Dapat Ku Undur Masa (Axl) | Robek Hati Ku (Mas Idayu) | Mas Joko (Helvy Maryand) | Suara Semalam (Ella) | Kopi Dangdut (Fahmy Sahab) | Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal (Fotograf) | Suara Ku Berharap (Hijau Daun) | Sendiri (May) | Cinta Kain Putih (Putra) | Teringin (Shima) | Rindu Serindu-rindunya (Spoon) | Lepaskanmu kerana Terpaksa (Ukays) | Disana Menanti Disini Menunggu (Ukays) | Putus Terpaksa (Ziana Zain) |
Nota. Penulis juga baru tahu yg penyanyi Along Spin Spoon telah mati dibunuh manakala penyanyi Achik Spoon Spin meninggal dunia kerana kemalangan kereta. Dan penyanyi Amir Ukays pun pernah kemalangan jalanraya tetapi tidak meninggal dunia. Begitupun salah seorang anak kembar Amir Ukays meninggal dunia disebabkan komplikated komplikasi jantung, bukan kerana kemalangan jalanraya ya.
Alahai.
Malam kelmarin sempat lagi penulis berlarian ke Jalan Doraisamy itu. Ada rakan penulis berkata sup daging tepi longkang dorang memey sedap selain Brickfields, Klang dan Pelita yg mana kesemua tempat itu penulis belum mencuba lagi.
Alahai.
Penulis sudah lama mahu mencuci skuter kesayangan penulis intan payung itu. Selalunya asyik tertangguh saja disebabkan kesibukan (sangat) penulis sepanjang hari dan sepanjang minggu.
Semalam penulis sudah singgah di tempat cuci kereta mandian salji di Kampung Baru. Sepelaung saja jaraknya dari Bukit Tokio.
Sementara menunggu skuter penulis dimandikan, sempat lagi penulis memanjat anak tangga menjamu selera rojak mee Pasembor di warung atas busut itu.
Alahai.
Isteri penulis sudah lama membebel-bebel menyuruh penulis mencari pengecat rumah untuk mengecat dinding dalam rumah yg sudah usai warnanya dan juga yg diconteng dengan cantik oleh si Yaasir sejak dia mula pandai melukis. Tetapi sekarang Yaasir pun sudah besar dan sudah malas hendak menconteng dinding-dinding bilik dan tangga rumah sejak Yaasir sudah ada iPad.
Kelmarin apek tukang cat sudah memulai mengecat rumah. Bukannya tiada bapak-bapak Indon yg boleh mengecat rumah, tapi ramai masih belum balik dari kampung sempena cuti lebaran yg panjang kelmarin. Bukannya penulis tidak mahu tunggu, tapi isteri penulis sudah berguling-guling menarik-narik rambut menyuruh mengecat rumah dengan segera sementara anak lanang penulis masih ada dirumah sebelum berangkat ke seberang lautan. Setakat ini penulis berpuashati juga dengan cara apek itu membuat kerja-kerja mengecat dengan teliti.
Alahai.