Month: September 2012

OPPA GANGNAM STYLE

Yaasir – Gangnam Style

Mula-mula penulis ingatkan Gangnam style itu seperti geng enam jahanam begitu. Rupa-rupanya penulis sudah tersilap.

Sebenarnya Gangnam style adalah trend muzik Korea pop terkini yg anak muda mudi tergila-gilakan sekarang. Dan Gangnam adalah nama sebuah perkampungan di Korea juga.

Alahai.

TAKPERLAH, ME PASS

THE 23RD ANNIVERSARY THAT YOUR FATHER FORGOT AND YOUR MOTHER DOESN’T CARE ABOUT LEGOLAND

Semalam selepas menghantar kak Jnulekasnova (klise!) untuk diservis buat pertama kalinya, penulis berlari-larian ke Nusajaya untuk melihat sendiri taman tema Legoland yg sedang glemer yg akan dibuka pada 15hb September 2012 ini.

Walaupun ada rakan-rakan penulis yg berkata bahawa panduan jalan arah ke Legoland amatlah mudah, tak susah nak mencari, dan signboardnya besar-besar amatlah mencabar juga. Penulis merasakan cabaran yg sama semasa penulis mula-mula mencari pusat beli-belah JPO Kulaijaya dulu-dulu. Sepatutnya signboard atau papantanda yg besar-besar sudah terpancang awal-awal dari Taman Perling lagi, atau dari bandaraya Johor Bahru lagi, atau dari pekan Masai lagi. Ala, seperti papantanda majlis budak-budak pengantin yg ditampal kat tiang-tiang trafik jalanraya. Boleh kah begitu? *Senyum.

Disebabkan penulis tiada tiket undangan percuma, maka penulis hanya mampu mengencis saja dari pintu luar dan menangkap sekeping dua keping gambiran saja sudah. Lagipun ditengahari yg terik tanpa adanya apek yg menjual aiskrim batang, yg membuatkan penulis dibanjiri peluh atas dan bawah.

Sambil itu, penulis tidaklah hendak menunjuk-nunjuk gambiran-gambiran lain selain sekeping saja diatas kerana ramai sudah rakan-rakan penulis yg lain yg sudah berjaya masuk kedalam taman secara percuma dan mengambil gambar yg lebih mancongkam.

Alahai.

AQI CLASSMATES

aqi and 21 of his classmates of 2012

Semalam penulis tidaklah berjalan kemana-mana kecuali pergi melihat-lihat kedai perabut saja.

Lagipun selepas solat jumaat, ramai tetamu yg datang beraya kerumah. Selain rakan sekelas aQi, kekanda penulis, kakSom dan bangMat sekeluarga pun datang beraya juga.

Alahai.