Search Results for: bali

BIBIKKU NAK BALIK INDON

Malam kelmarin sebelum tidur, me sudah bilang sama bibik, jangan cuci cik siarbi. Sebab me mahu hantar cuci kete luar dan dalam kat kedai. Iya pak, iyak pak, jawabnya.

Pagi tadi pun sudah bilang ‘jangan cuci’. Jawabannya serupa, iya pak, iya pak.

Petang tadi masa me tengah layan bersiram, tetiba air pancuran tidak sederas biasa. Usai bersiram, me turun bawah tengok bibik tengah cuci cik siarbi itu. Patutlah. Me tidaklah melenting sepak terajang, bekhen tenyeh sterika panas sama bibik itu. Me tanya bibik kenapa dicuci jugak cik siarbi sedangkan me sudah bilang ‘jangan’ banyak kali. Dia jawab, iya pak, iya pak.

Alahai.

WISATAWAN DI BALI: DAY THREE

Sama mcm smlm pas suboh, haku gi tangkap gambar sunrise kat pantai bakang hotel. Tapi kalini haku dah gi kat hujung pantai dermaga konkrit tuk amek gambo awek2 jawa Mount Agung yg lebih dramatik.

Arini (Ahad hari ketiga) haku dibawa rombongan ke utara barat pulau. Melawat Tanah Lot, yg dipotong oleh hakisan pasang surut, angin dan hujan dan luar pantai batu batan gunung berapi yg unik. Tanah Lot ialah tempat pemandangan kuil-laut dari abad ke 16. Dengan persekitaran kuil meewarnai panorama sunset yg fantastik haku dapat nikmati pada waktu senja tadi.

Sebelum itu, haku dibawa ke kampung Mengwi yg terdapatnye kuil keluarga diraja abad 17, menikmati udara gunung yg fresh dan kecantikan Tasik Beratan dan kuil Ulun Danu yg menjadi hiasan dibakang uang rupiah 50 ribu.

Tidak kesampaian melawat Alas Kedaton yg terdapat monyet jinak katanye.

Makan lunch di kampung Pacung.

Makan dinner pula di restoran Bandung dengan jamuan nasik sunda. Esok dah nak balik wehh.

Lesson learned hari ketiga:

  • If you lost in crowded and confusing Tanah Lot, please wait at the Security Guard post.
  • Sometimes the best person to ask about the musholla is the restaurant staff, not our Hindu tour guide.
  • If you got the opportunity to shoot Babi Guling signs, just snap it with your phone camera.

[private: me next to cliffs of madness. ]

WISATAWAN DI BALI: DAY TWO

Pagi2 haku dah tercanguk tepi pantai Sanur bakang hotel tembak gambo sunrise. Tapi awan tebal tak dpt tangkap gambo mentari pulak.

Tempat pertama haku pegi pagi nih ialah ke Batu Bulan Village, tengok tarian Barong & Kris. Dapat bergambo dgn penari2 dibakang pentas.

Pastu kami terus ke bandar Ubud, singgah tengah jalan melawat kuil dalam perjalanan ke Saraswati. Disitu tak sempat nak tunggu Cock Fighting kul 2 petang pulak.

Singgah di Tegalalang amek gambo sawah padi dilereng bukit yg ijo dan cantik juger. Sibbaik takdok pacat uoolss.

Haku lunch kat restoran di Kintamani bersebelahan Mount Batur dan Danau Batur. Disebelahnye ade Mount Abang. Kat pintu masuk restoran ada penjaja terdesak dan mendesak macam biasa jual barang tourist musholla (surau) yg bersih.

Dari Kintamani terus ke Tampaksiring yg ada holy spring temple – tengok orang mandi (bukan telanjang oke). Kuil Thirta Empul yg dibina sejak abad ke 11.

Tak kesampaian melawat Goa Gajah di kampung Bedulu.

Balik dari Tampaksiring hari dah malam, jadi haku terus pulang ke hotel di Sanur. Itupun berenti makan malam di restoran Minang berdekatan situ.

Lesson learned hari kedua:

  • Tak bawak external flash haku (tertinggal dirumah hinggap) memang sesuatu yg amat mendukacitakan.
  • Tripod walopon dibawak dan dikendong selalu, tapi tak penah digunakan walopon pada cuaca gelap.
  • I need extra battery. Tapi arini ngam2 jer sampai kat tempat restoran minang battery pon kong.

WISATAWAN DI BALI: DAY ONE

Wilayah Persekutuan Putrajaya

Pagi2 semalam (Jumaat) pas Subuh sudah singgah di Putrajaya. Mencari spot yg baik utk tangkap gambo Masjid Besi semasa sunrise memang mencabar juge. Dengan takdok bau jalan utk parkir mobil dan terpakse parkir kat tanah yg becak pulak.

Dari LCCT Sepang, sampai Ngurah Rai Bali International Airport sudah petang. Bergegas ke hotel di Sanur, sempat masuk bilik hotel utk mandi dan solat. Bergegas ke Uluwatu nak tengok tarian kechak ketika sunset. Berkejar-kejaran dgn ramainye orangramai. Kebetulan arini (Jumaat) adalah hari Good Friday dan cuti umum di Indonesia, Singapore, Hong Kong dan sewaktu dengannye. Sibbaik sempat tangkap gambar sunset dan tengok tarian kechak dipenghujungnye.

Dari Uluwatu haku terus dibawa ke Jimbaran Restoran. Dalam perjalanan haku singgah di Pecatu Indah Resort – amek gambo patong monyet bersilat pulak. Dan di Jimbaran Restoran pon jalan macet macam biasa je. Makan dinner seafood. Ooops tambah fanta merah satu. Balik ke hotel haku terus download segala gambo2 dari memory card ke laptop. Tapi haku tau takleh nk update blog sbb internet takdok.

Lesson learned hari pertama.

  • Tak payah cepatkan jarum jam sbb waktu di Bali dgn waktu di Masai sama. Memang 3 jam penerbangan.
  • Kena isi borang ‘declaration’ masa nak masuk Bali oke.
  • Pastikan bawak power socket adaptor sbb tak sama power plug dgn negara seberang. Walopon power ratingnye sama. Tapi sibbaik hotel ada sediakan adaptor utk disewa.

Disclaimer: Kalo ader yg terase entri2 haku gi Bali ni nampak macam nak menunjuk2 haku mintak maap naa. Haku takdok niat pun nak berlagak ke ape. Just nak share citer jer. Boleh kan. Kalo tak suke, leh klik Button X kat atas kanan oke. Dan entri2 haku nih takdok kena mengena dengan blogger lain yg baru balik dari Bali juger. Kalo ader persamaan gambo2 dan citer2 anggaplah itu sebagai kebetulan saje. Ayat klise gitu.

[Private: me and three dancers ]

HI

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Selepas beberapa lama (3 tahun) menghibernasi blog ini, me dengan senang hati dan penuh keinsafan membuka kembali agar dapat dimanfaatkan pengalaman2 dan cerita2 lama me mengharungi hidup di dunia yang fana ini. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Yg tak elok jadikan sempadan. Kannn.

Untuk makluman, me tak akan kemaskini blog yg ini lagi dan untuk cerita terbaru (2015) silalah kelaman blog rakan me yang itu: [+ TIGALALAT ]

Alahai.

BUKIT TOKIO SUNRISE

Bukit Tokio Sunrise This Morning

Semasa penulis berlarian ke pejabat pagi tadi, penulis nampaklah matahari membulat berselaput jerebu tebal di ufuk timur. Tetapi apabila penulis tiba di pejabat dan hendak menangkap gambiran matahari itu, tiadalah hajat penulis kesampaian kerana matahari itu berada dibalik bangunan apartment pula.

Alahai.

SMOOTH AS SILK

KANSAI PAINT CATALOGUE

Isteri penulis sudah lama membebel-bebel menyuruh penulis mencari pengecat rumah untuk mengecat dinding dalam rumah yg sudah usai warnanya dan juga yg diconteng dengan cantik oleh si Yaasir sejak dia mula pandai melukis. Tetapi sekarang Yaasir pun sudah besar dan sudah malas hendak menconteng dinding-dinding bilik dan tangga rumah sejak Yaasir sudah ada iPad.

Kelmarin apek tukang cat sudah memulai mengecat rumah. Bukannya tiada bapak-bapak Indon yg boleh mengecat rumah, tapi ramai masih belum balik dari kampung sempena cuti lebaran yg panjang kelmarin. Bukannya penulis tidak mahu tunggu, tapi isteri penulis sudah berguling-guling menarik-narik rambut menyuruh mengecat rumah dengan segera sementara anak lanang penulis masih ada dirumah sebelum berangkat ke seberang lautan. Setakat ini penulis berpuashati juga dengan cara apek itu membuat kerja-kerja mengecat dengan teliti.

Alahai.