Category: car

KAK JNULEKASNOVA

aBo, aTi, aDm, aQi, yaasir and kak Jnulekasnova, Masjid Masai

Tadi pagi penulis sudah ambil van baru di Jalan Tun Razak (JB). Bukan Jalan Tun Razak Key Ell ya.

Isteri penulis berikan markah penuh (100 peratus) untuk khidmat cemerlang jurujual di bilik pameran itu. Bukan saja jurujual dapat menyerahkan van sebelum raya (esok), tetapi juga dapat menguruskan hal-ehwal pindah milik kereta-kereta lama kami seperti yg dijanjikan.

Nota. Penulis telah menamakan van baru itu sebagai Kak Jnulekasnova. Nama seperti pemain tenis Rusia campuran Jawa. *Ketawa.

Alahai.

Advertisements

NO. 12

This is our twelfth family car since you were born

Minggu lepas, penulis sudah memesan van itu. Jurujual beritahu penulis bahawa masa menunggu van adalah 2 bulan.

Tapi hari Rabu kelmarin, jurujual sudah menelefon penulis memberitahu yg van penulis pesan sudah ada di kedai pameran. Jurujual memberi alasan bahawa van tersebut telah menjadi hakmilik penulis kerana permohonan pinjaman pembeli yg asal tidak mendapat kelulusan pihak bank. Penulis juga diberitahu bahawa penulis tidak perlu membayar lebih disebabkan kejadian yg agak istimewa ini.

Hari Sabtu tengahari, penulis sudahpun pergi ke bilik pameran kereta dan melihat sendiri van tersebut. Jurujual menunjukkan surat dari pihak pengeluar kereta dan memberitahu penulis bahawa van itu juga bukan ditolak oleh pembeli yg asal.

Walaupun begitu, penulis masih tidak dibenarkan membawa pulang van baru itu kerana urusan pindah milik kereta lama belum selesai.

Alahai.

proof that the car is not rejected, nor i paid extra to get the car earlier before Raya (and that’s not my hand)
there is leather with dark wood trimming and switches for operating the audio system and MID
The instrument panel cluster has been redesigned with the background colour changed to black for higher contrast to improve visibility in all lighting conditions
The DVD-AVN system comprises a 2-DIN head unit with a 6.1-inch colour screen.
powered by a 1TR-FE 2.0-litre 4-cylinder petrol engine with Toyota VVT-i technology
rear view with reverse camera add-on

CIK PUTIH BUCUK

(360 PANO) MISFIRING CYLINDER NO. 2, DAMAGES TWC – IS ABOUT THE SPARK PLUG AND COIL

Baru beberapa minit yg lampau, penulis perasan yg cikgu DinasAldi sudah membuat entri bertajuk ‘Cik Putih Wangi‘. Penulis mengucapkan syabas kepada cikgu Dinas kerana tangkapan gambiran bunga melatinya yg cantik. Dan kebetulan juga, cik Fadz ada buat entri tentang chek puteh kuat merajuk cat nya.

Dan tiba-tiba penulis teringin juga mengemaskini keadaan kereta cikputih penulis yg semakin tua dan uzur.

Sejak dua menjak kebelakangan ini, cikputih makin kerap masuk keluar bengkel saja. Padahal penulis bukanlah hendak sangat menukar milik cikputih dengan kereta lain yg lebih anggun, lawa dan cun dan wangi. Belum masa lagi, fikir penulis.

Ooops. Penulis hampir terlupa. Beberapa bulan yg lepas, penulis sudah menguji pandu beberapa buah kereta mewah sambil membawa cikputih pula. [+ Finely crafted cars enthusiast ]

Alahai.

KANCIL TERSEPIT DITENGAH-TENGAH

CRV, VIVA ELITE, UNSER AND YAASIR

Setelah berbincang dengan isteri penulis, walaupun berat terasa dihati, namun akhirnya penulis akur terpaksa melepaskan kereta-kereta besar itu hari ini.

Walaupun Toyota Unser sudah lebih 10 tahun usianya, namun penulis merasakan baru kelmarin saja memiliki Honda CRV yg itu. [+ cik siarbi ! ]

Alahai.

HIGHWAY BARU JB – PASIR GUDANG

on new Highway (Beach Road) Johor Bahru to Pasir Gudang, near Idemitsu

Tadi petang sudah pergi bayar hutang di bank Taman Molek itu.

Lepas itu pergi Pasir Gudang hendak cari juadah berbuka puasa dengan kaum kerabat ikut lebuhraya baru tepi pantai. Dari Plentong mula-mula masuk ikut Permas Jaya, limpas Megah Ria, limpas Kampung Teluk Jawa, limpas Taman Rinting dan terus ke Taman Mawar.

Lebuhraya yg tiada tol ya. Harap-harap lepas ini, lebuhraya lama Pasir Gudang makin berkurangan sesaknya.

Alahai.

ON JALAN TUN RAZAK YESTERDAY

YESTERDAY 5.19PM ON JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR, 15 MINUTES BEFORE I INJECTED MYSELF INTO THE TRAFFIC BLOOD VEINS

Petang jumaat semalam, me balik kerja lambat sikit. Sebenarnya tak macam selalu. Selalunya kan me balik awal.

Keadaan di simpang empat Ampang Park memang bercelaru. Sesak bontot ke bontot. Dekat satu jam baru limpas terowong Smart lah sangat itu.

Alahai.