Category: car

TOKAK PUN MASUK LONGKANG

Tokak is number 16

Ada dua kemalangan masa balik dari Taman Dinosaur Masai itu. Dengan keadaan yg basah dan licin selepas hujan lebat di Masai akhir-akhir ini.

Satu kereta Persona terbabas masuk longkang. Bila tanya, pemandu yg cedera ditangan kata langgar air bertakung tepi jalan.

Satu lagi kereta kancil putih (JJJ) langgar pokok. Me tak jadi nak tangkap gambar sebab polis-polis muda dah kerumun keliling kancil itu.

Alahai.

the Persona on the ditch

KARANGAN AKU SEBUAH KIJANG

↑ my well-behaved van by the Sungai Johor this morning

Aku merupakan sebuah van yang diberi nama Toyota Unser (1.8 GLi Automatic). Kalau di Indonesia aku dipanggil Kijang. Kalau kijang di Malaysia adalah seekor binatang yg dipanggil rusa pula. Kalau di Jepun aku tidak tahu pula dipanggil apa. Aku telah dihasilkan di salah sebuah syarikat kereta di Shah Alam, iaitu Syarikat Toyota. Badanku berwarna merah tua.

Aku telah dihantar ke salah sebuah kedai di Ampang Point bersama-sama dengan sepuluh buah rakanku yg lain untuk dijual. Antara kami, akulah yg tercantik dan termahal kerana badanku dihiasi dengan pelbagai aksesori yg canggih dan terkini.

Setelah sebulan berada di kedai itu, maka datanglah seorang lelaki untuk membeli kereta. Setelah melihat-lihat kereta yang ada situ, akhirnya lelaki itu telah memilihku. Lelaki itu berpuas hati dan ingin membeliku walaupun hargaku mahal.

“Biarlah alah membeli tetapi menang memakai,” kata lelaki itu.

Aku dapat tahu bahawa bakal tuan aku itu merupakan seorang lelaki yg biasa-biasa sahaja yg tiada apa-apa istimewanya. Aku amat bangga bila mendapat tahu bahawa lelaki itu mempunyai ahli keluarga yg agak besar (seperti kebanyakan orang-orang Jawa) dan akan digunakan dihujung minggu sahaja.

Lelaki itu menggunakan aku dengan cermat sekali. Dia akan memandikan aku sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Dia juga akan sentiasa memastikan angota-angota badanku berada dan dapat berfungsi dengan baik. Jika keadaan sebaliknya berlaku, dia cepat-cepat membawaku ke bengkel untuk dirawat.

Masa begitu pantas berlalu. Dalam diam, rupa-rupanya aku telah berkhidmat kepada tuan aku hampir 10 tahun. Usiaku semakin tua dan badanku juga terasa lemah-lemah.

Pada suatu pagi, tuan aku telah membawaku ke sebuah kedai kereta. Rupa-rupanya tuan aku ingin membeli sebuah kereta baharu, dan pada mulanya dia bercadang ingin tukar tambah aku dengan kereta baharu. Walaubagaimanapun akhirnya tuan aku memilih untuk membeli sahaja kereta otomatik yg paling murah untuk kegunaan hQ (baca his Queen). Aku tidak berasa cemburu, namun aku gembira kerana masih dapat berkhidmat dengan cemerlang kepada tuan aku. Sepanjang dia menggunakan aku, hanya sekali saja aku terlibat dalam kemalangan. Lagipun, kereta kancil otomatik yg baharu itu merupakan kereta keluaran tempatan Malaysia pula. Tapi tersangatlah tempatan, lelaki itu hendak minta diganti pengubah isyarat yg rosak di Perodua Taman Cendana Pasir Gudang pun kena tunggu barang-ganti dari Jepun juga. *Ketawa.

Kini, aku masih tinggal bersama rakan-rakan yang lain di rumah tuan aku itu. Aku sentiasa berdoa agar dapat memberi khidmat untuk beberapa tahun lagi kepada lelaki itu dan keluarganya.

Alahai.

↑ panorama view of Pulau Juling this morning from Kong Kong Fishing Village

↑ Pulau Juling sunrise

I HATE HDR PHOTOGRAPHY


↑ Tanjung Langsat sunrise this morning
f/8, 1/60sec, ISO 100, 11mm, 3 exposures HDR

Minggu lepas me dah beli dan amek dan pakai cikBibah pepel itu. Dah seminggu me pakai dan ini adalah pengalaman me saja.

Q. Why do you choose Viva Elite, why not myVi or Proton Saga BLM?
A. Hajat asal nak beli Viva basic 1.0 yg biasa2. Kete auto yg paling murah. Itu aja. Tapi rege pon dah RM40K – murahlah sangat kann. Kanns.

Q. What is the price of the car?
A. Sebenarnya banyak Perodua showroom merata bandar. Tapi me pilih Bukit Belacan showroom sebab dekat dgn rumah. Balik keje terus singgah. Sebab tu bila me masuk dan tanya harga Viva Elite me terus setuju booking. Sibbaik kat opis me ada makcik yg baru beli Proton Preve. Dia kata penah nampak showroom kat Jalan Jelatek ada promosi raya bagi rebet RM2500. Me pon perasan nampak dlm internet ada promosi raya rebet yg sama. Bila me tefon salesgirl Perodua tu pon setuju bagi rebet. Peliknya, pasal salesgirl sendiri tak tahu pasal rebet? Dia kata yg dia baru keje kat situ dan bos dia tak bagi tau pon. Boleh gitu?

Q. How long for you to get the car?
A. Walopon makcik Preve tu leh tunggu kete barunya 6 minggu, tapi me dapat pandu cikBibahpepel me seminggu je. Kebetulan, sempat lagi beli nombor panas WWW walopon dh hujung2. Dan kena bkejar2an masuk dan kuar opis bank Taman Maluri utk sign loan offer dan puas mare2 maki hamun bekhen tendang terajang salesgirl tu.

Q. Any free gifts given for buying the new car?
A. Walopon taklah sebanyak bila beli Proton Preve, tapi me dpt gak Steering Lock baru, minyak full tank, touch n go (belum check berapa nilai) dan sekaki payung.

Q. What do you like about the car?
A. Bila mQ (baca my Queen) tanya tentang cikBibahpepel ni, contoh soklan sms, ‘ada airbag x?’, ‘ada radio x?’, ‘power steering x?’, ‘laju x?’. Sebenarnya Viva Elite itu full spec oke. Semuanya ada. Ada 2 airbag, ada radio cd keset, power steering lagik. Laju camana? Mesti korang kerius kann. Kalo setakat 110-120 km/j dan potong lori balak tengah berenti tengah hiway tu no problem. Tapi kalo lebih2 leh melayang masuk longkang hiway yee.

Q. Do you add any new accessories to the new car?
A. Kecuali tingkap yg me tinted (RM350 – baucher diskaun RM125), me cuma buat nombor plat kat 4 tingkap saja (RM35).

Q. So far, anything that you dont like about the car?
A. cikBibahpepel memang kiut, kecil dan chomel. Leh pecut mengikut had limit Plus hiway yee. Tapi bila korner kiri atau korner kanan signal tu kena offkan pakai tangan. Apa klise? Mula2 me ingat memang cikBibahpepel begitu. Tapi bila me calling2 salesgirl tu dia gelabah bilang memang problem kena anto Perodua service center nanti.

Satu lagi, yg me baru perasan pagi tadi ialah tetiba mQ bilang kete ciBibahpepel ni memang tau pemandunya pompuan atau anak dara sbb cermin solek muka kat penahan cahaya surya matahari tu ada kat atas dahi drebar pemandu je. *Ketawa.

Alahai.

AKU TAK SUKA KETE BUATAN TEMPATAN (YOU ARE NUMBER FOUR)


↑ McDonald’s Restaurant sunrise this morning somewhere in Masai

” Lain jiwa lain taste, Nak keta mewah belilah keta import,
Nak keta nasional laju belilah Proton Inspira/Preve, Nak beli ‘budget car’ belilah Saga BLM,
tp…. kalo nak senang parking, mencelah time jaM, nak jimat duit minyak… jangan tak beli viva.
tp kalo dah cerewet sangat kat viva baru nie…. hah! korang pergi hardware, beli keta sorong…
RM80 ‘sejibik’ ada 3 warna ‘limitet edisen’ =Merah, Biru & Hijau….kaler kuning, ‘ to be launched’
hahahasammmmmmmm “

Alahai.

AKU TAK SUKA NO PLAT WILAYAH

Everybody can buy luxury cars, but only somebody can buy single digit number (or get it free)
↑ Pantai Klebang, Melaka (circa Januari 2012)

Alhamdulillah. Kemaren matcha salesman perodua Jalan Bukit Belacan nak behibu2 hinggit (jumlah sebenar adalah rahsia) nak letak under table supaya nombor yg me nak tu gerenti dapat. Pakai org dlm katanye. Me kata oke je.

Semalam Jumaat pepagi matcha tu dah calling2 kata yg nombor WWW dah mula dijual. Dan sejam pastu, matcha konpem yg nombor WWW yg me booking tu dah konpem dapat. Tekejot berok me. Punyalah cepat sinkansen oke.

Nota. Harap2 nombor plat WWW yg me baru miliki itu tidak menjadi isu negara spt kes Sultan Johor yg berjaya membida plate nombor WWW 1 sebanyak RM520,000 ataupun kes Dato Seri Liow Tiong Lai yg dapat WWW 15 secara percuma tuu.

Alahai.