Category: Daylight

45/365

Haku x update blog dua hari sbb letih melayan amoi2 bukit beruntong kat Nikonian Academy.

Amik kursus ‘Basic’ lagik. Gara2 nk ikut photographer gi Bali x lamer lagik. Baper banyak ‘lagik’ daaaa. *Ketawa.

Nikonian Academy, Kota Damansara

at the The Strands’ parking lot

Advertisements

43/365

Turun dari Bukit Jugra kelmarin (hari Wilayah), haku singgah menghirup udara pantai yg segar di Pantai Morib. Ya cik GB yg bertanye itu – ditengahari yg panas terik dan silau juger. *Senyum.

Morib Beach, Banting, Selangor, Malaysia

41/365

Ari Sabtu kelmarin, tetibe haku teringin nak ke Pekan pulak.

Inspired by blogger Tunbegia (*senyum), haku singgah dan terlelap barang seketika di Tasik Hijau Jemaluang. Di tengahari yg nyaman. Dibawah pepohon nan rimbun.

Taman Rekreasi Jemaluang, Mersing

InsyaAllah, rezeki secupak boleh jadi segantang..

Citer Ahad pagi semalam. Haku balik kampung umah bapakku. Kebetulan umah sudah dibanjiri air pd ari jumaat lagik. Tapi air sekejap jer surut. Sibbaik pondok buruk haku x kena banjir kali nih ~ sebab memang dah xdok. Haku dah robohkan. Dan haku sudah lamer ckp dgn bapakku, soh robohkan umah yg selalu dilanda banjir. Dan pindah ke kebun haku seberang jalan jer. Tapi bapakku bengkeng (mafhumnye: keras ati).

Ziarah pusara emak haku yg kepok pusara masih belum selesai terurus. Bapak pown malas nak gado2. Tapi haku x puas ati. Bukan gratis je soh org buat kepok. Ini bukan kes amal jariah, atau fardhu kifayah.

Citer psl gambar dibawah. Haku mmg nk tangkap gambar laman umah bapakku nih yg basah dan ujan sedang turun mencurah2 smlm. Sambil tangkap tiang lampu LLN (tepi jalan utama) yg masih menyala walopown waktu hampir 12 tengahari. Haku mmg nmpk mula2nye bapakku duduk ‘menongkrong’ (mafhumnye: mencangkung). Jadi lamer jugakla haku tunggu, last2 haku soh dia berlakon semula. Sibbaik orangtua haku nih jenis sporting. *Ketawa.

Dan ini bukan model berbayar jugak. Ahaks.

Kampung Sepakat Jaya (36 hours after flash flood waters subsided)

28/365

Arini Jumaat sudah.

Letak gambar masjid jerr.

Ini gambar masjid al-Ghaffar beberapa minggu lepas.

HDR 3 exposures. Gambar macam kartun kannns. Tapi ai laikee. *Senyum.


cik Siarbi at Masjid al-Ghaffar, Jasin