Category: Diari Hajiku 2011

MADINAH ALMUNAWARRAH: DAY THREE


Portrait Haji no. 10. Pak Jefri dari Surabaya, Jawa Timur.

Teori kawan sebilik IBR, katanya semalam dia datang dan beranggapan waktu lengang utk ziarah raudha adalah antara jam 7 hingga 9 pagi. Pas Suboh dan bersarapan pagi dihotel, haku pergi ziarah makam nabi dan raudha. Sebahagian kawasan raudha ditutupi utk wanita. Ditempat kawasan masuk memang ramai orang bersesak dan queu utk bersolat di mimbar nabi. Di mehrab nabi pon org ramai jugak. Tak seperti semalamnya, haku hanya mahu bersolat dikawasan raudha saja dan haku dapat peluang tanpa menunggu lama. Alhamdulillah.

ALGHANIY, RODA BEGKU PATAH


Kat dinding hotel haku menginap memang terdapat nama2 Allah swt.

Hari pertama sampai kat kastam Madinah, bila sampi haku tengok roda beg besar haku dah terpeliot. Haku heret jer, habis nak wat camane. Bila dah sampi roda itu pon patah. Bukan setakat roda, tapi rangka beg pon patah jugak. Haku dah komplen. Dua hari dua malam baru dapat pampasan. Walopon tak sama harga dengan harga asal beg besar tu, tapi haku bersyukur je. Sekarang haku dlm dilema jugak samada haku nak beli baru atau nak pakai dan lanyak je beg yg takde roda tuh. Hmm.


MAKAM BAQI’

Petang Rabu tadi (hari kedua) pas Asar haku ziarah makam baqi’. Sebenarnye pagi tadi ada rombongan bawa ziarah dalam masjid dan makam baqi’ tapi haku tak join.

Di depan makam Baqi’ sendiri dipasang papan tanda besar yg memberi petunjuk Nabi Muhammad saw ketika menziarahi kubur. Diantara isinya adalah sabda “Ziarahilah kubur karena itu akan mengingatkan kita kepada akhirat”. Kemudian Rasulullah saw ketika masuk ke kawasan perkuburan selalu memberi salam kepada ahli kubur. Rasulullah saw juga bersabda “Jangan duduk diatas kubur dan jangan bersembahyang menghadapnya”.

Peliknya (berbanding budaya kita) tiada satulah batu nesan di kawasan perkuburan disini yg bertanda. Hatta ada satu kubur besar di hujung sinun yg dijaga polis dan petugas yg nampaknya macam istimewa. Tetapi bila ditanya adakah itu kubur khalifah Uthman al Affan r.a., pak imam Arab dgn selamba cakap ‘wallahualam’, bermaksud tidak tahu, hanya Allah saja yg lebih mengetahui.

Peliknya juga, ada kawasan yg mengadap bangunan Tabung Haji (diluar) yg sedang disirami air oleh pekerja. Banyak juga kubur2 yg spt digali semula dan ditutupi papan besi waja. Haku tak berani nak tengok walopon orglen berbuat begitu. Berkemungkinan kubur2 tersebut utk mayat2 baru. Wallahualam.

MADINAH ALMUNAWARRAH: DAY TWO

Tadi malam pas taklimat sampi kul 10mlm (3 pagi waktu Masai), haku dah tido kat hotel. Pepagi kul 2.15am dah bangun. Ingat nak sambung tido, tapi rasa hati nak ke Raudha sambil nak test uji kata2 brader smlm.

Pas mandi, haku bergegas ke Masjid Nabi ikut pintu Babbus-Salam. Pastu ziarah ke makam nabi dan 2 sahabat baginda. Haku tengok keadaan orgramai takde beza dengan waktu biasa semalamnya. Tapi haku nekad lagi masuk ke Raudha (karpet hijau). Masa bersesak dalam raudha, adalah saudara tu (macam Melayu gak haku rasa) tepok bahu haku nak bagi spot baik dia. Haku tolak sbb nak gi dekat dengan makam nabi. Angkuhkah haku? Bila dah sampi tepi makam, punyalah lama haku tunggu. Ada rasa nyesal gak tak amek offer brader tadi. Tapi haku doa harap2 ada tempat kosong utk haku. Haku tengok orglen pon berpusu2 dan bersesak2 kat situ. Pantang ada ruang kosong, mesti nak masuk je. Tetiba haku tengok ada pak arab sorang nih bangun dgn jubah putihnya bagi salam kat nabi dan tak semena2 haku dapat amek tempat dia lepas dia beredar. Alhamdulillah.

Pas solat sunat, solat tahajjud, solat taubat dan solat hajat haku pon beredar. Haku dok kat saf tengah2. Masa tu dah kul 3.30am. Itupun org ramai berebut nak cari tempat duduk walopon waktu suboh lama lagi.

Masa tu haku berkenalan dgn sorang mamat muasassah ni. Lama gak haku sembang2 sambil baca quran. Tetiba adalah mamat indon nih pulak terselit2 masuk in between. Dari acheh katanya, tapi kami tak layan. *Senyum.

Search engines. dalam makam nabi muhamad

THIS BLOG WILL BE UPDATED LATER

Line (internet) slow macam cipan kat hotel madinah almunawarah nih. Banyak photo2 haku amek kat sekitar Masjid Nabawi sudah. Tapi nampaknye, kena tunggu haku balik Masai baru leh update kot. Uhh.

Kata orang tak baik cakap yg buruk2 kat Tanah Suci ni kan. Apa2 pon tak boleh. Astaghfirullah.

Terimakasih pada kengkawan semua yg masih sudi jenguk2 ke blog haku yg takde apa2 nih.

Salam dari haku yg jauh dimata di Madinah almunawarah nih.

Wasalam.

MADINAH ALMUNAWARRAH: DAY ONE

Tiba di Madinah airport kul 4.52pagi.

Urusan kastam dan imigresen berjalan lancar.
Dan spt di Kelana Jaya terpaksa menunggu dalam bas sejam lamanya sblom berangkat ke Hotel bersebelahan Masjid Nabawi.
Sampai dihotel, lepas bersarapan, haku pon mandi. Dengan keghairahan haku menuju ke Masjid Nabawi dan terus mencari Babus Salam utk menziarahi makam Rasulullah saw dan dua sahabatnya. Memberi salam sambil berlinangan air mata didepan makam baginda. Solat sunat dua rakaat di luar kawasan raudha yg pada mulanya haku tak tahu dimana. Kebetulan haku bertanya pada sorang jemaah Malaysia yg ada disitu dan beliau mencadangkan agar haku pergi pukul 2 pagi semasa orang tidak ramai. Apa barang?

Haku pernah terbaca kalo nak bersolat sunat dalam raudha kena bersabar dan ikut aliran orang yg masuk. Sebab dengan kesyabaran dan keyakinan saja insyaAllah (dengan izinNya) akan mendapat ruang utk bersolat. Haku pon mencuba dan bila haku berjalan kehujung raudha memang ada dua tiga tempat kosong lagi. Haku pon bersolat dan membaca doa disitu. Alhamdulillah.

Dipendekkan cerita, haku bersolat zohor berjemaah pertama (dari 40 solat berjemaah) di masjid nabi pada tengahari tadi. Syukur sangat-sangat.

Nota: line tenet masih sengal. Gambar ni je yg haku sempat tampal. Oke dahh, nak gi masjid jap. Salamm.