Category: Diari Hajiku 2011

CABARAN BERMULA DI KELANA JAYA

Pendaftaran sepatutnya pukul 9.30mlm. Haku tiba kat parking Kompleks Tabung Haji dah nak magrib.

Olehkerana terlampau ramai org haku terlepas pendaftaran nak amek beg sandang, name tag dan barang2 hadiah. Tapi kesemua barang2 tersebut setelah proses check in dalam dewan seblom berangkat naik bas.

Kalo nak dapat duduk di bas no. 1 dan tak payah beratur panjang dan lama masa proses check-in, silalah guna teory FRH yg kawan seopis haku bagitau. Sila letakkan beg besar paling hadapan sekali sblom checkin semasa menyusun beg2 besar diluar pintu masuk. Kalo nak potong Q pon boleh. *Senyum.

Naik bas kul 10.30 malam dan berlepas secara convoy ke KLIA.

Dari KLIA menaiki pesawat Saudi Airlines 747-400 jam 1.30pagi terus ke Madinah al-Munawarah. Bersyukur kerana tidak perlu mendarat di Jeddah dan terpaksa menaiki bas yg jauhnya perjalanan selama 8 jam.

Di KLIA haku berjumpa dengan bekas tuan tanah yg haku penah beli beberapa tahun dulu. Sebenarnya haku dah perasan lama dari masa taklimat terakhir di Masjid Abu Bakar lagi, tapi takut nak tegur (takut tersalah orang).

SENAI AIRPORT SUNRISE TODAY

[+ 46/365 ]
[+ 4/9/2011 ]

Arini 4hb Oktober. Ringkasnye, 4-10. Juga arijadi mQ. Moga dimurahkan rejeki dan dipanjangkan umur.

Sebenarnya bulan October nih ada tiga orang nak kena selebret arijadi. aTi pada 16hb dan aQi pada 29hb. Olehkerana haku tak berpusing (baca not around), maka haku dah advancekan arijadi korang oke dgn hadiah tak seberapa tuu.

Mungkin semasa korang baca ni, haku masih dalam penerbangan ke Madinah.

PENYAKIT SEBAGAI UJIAN

Dua minggu lepas haku kan demam. Sakit demam dah kebah. Tapi tetibe tiga hari sblom haku berangkat ke Tanah Suci, haku dijangkiti virus selesema pulak. Hidung berlari (baca running nose) atas dan bawah. Dah mintak ubat Klinik Penawar, dan habis dimakan sudah tapi masih berhingus lagik. Nampaknye kena pegi Klinik yg bukak 24 jam tuu.

Harap2 haku tak dijangkiti penyakit serius ketika di Tanah Suci nanti. Amin ya Allah.

AURA HAJI

Haku tak pernah terfikir nak menunaikan haji sblom ini. Sehinggalah awal tahun ini.

Ada setengah orang cakap, dah sampai seru agaknya. Dah terpilih olehNya agaknya. Haku tak mahu takbur. Banyak lagi yg haku harus belajar.

Tapi yg pasti, haku dah bersedia utk menerima jemputanNya tahun ini. Semoga haku mendapat rahmat hidayahNya. Amin ya robbal alamin.

Terimakaseh pd kengkawan yg mengucapkan selamat menunaikan fardu haji, selamat pergi dan kembali, semoga mendapat haji yg mabrur. InsyaAllah.

PRELUDE

Ini entri prelude atau prolog sblom haku berangkat ke Tanah Suci.

Ya Allah. Haku mohon izinMu semata-mata kerana haku ingin khabarkan tentang keagunganMu, keesaanMu dan kehebatanMu kepada kaum kerabatku, kengkawanku, dan pembaca2 blog haku yg tiada apa2 ini. Ya Allah, berikanlah haku ilham, mudahkan haku mengambil gambar2 photo setiap hari, jauhkanlah masalah utk mendapatkan wifi dimana-mana tempat haku menginap dan berikanlah haku kekuatan untuk haku mengupdate blog ini sepanjang perjalanan haku ke tanah suci. Tanpa mengabaikan tanggungjawab dan tujuan utama haku kesana.

Haku memohon keampunanNya jika kelihatan egoistik, riak, berlagak dan sombong. Haku benar-benar tidak berniat begitu.

DAH JANJI KENA TEPATI

Masa kat kursus perdana UTM beberapa minggu lepas, haku ada terjumpa seseorang. Beliau kata ikut pakej, dgn keluarga ada 4 orang. Masa awal tahun dah tanye kalo2 dpt tawaran muasasah. Tapi masa tu tiada siapa yg boleh pastikan. Jadi beliau dah booking pakej dan dapat giliran pulak. Dah bayar penoh. Tapi tetiba disaat akhir pihak muasasah bagi tawaran. Beliau terpaksa tolak sebab dah janji pada ejen pakej tu. Walopon kalo ikut muasasah dia boleh save tiga poh hibu hinggit utk seluruh keluarga yg pergi. Haku rasa satu tindakan murni.

Postnote. Dan haku mintak maap bebanyak pada sesape yg haku dah janji selama ini, dulu atau semalam, yg haku mungkir dan tak tepati. Demm.

Portrait Haji no. 3. Namanya encik Nasir. Dari Gelang Patah.