Category: Diari Hajiku 2011

THINGS AROUND MY WRIST STARTING TODAY

Gelang nama pon dah dapat hari Sabtu lepas. Berdesup pos laju antar. Alhamdulillah.

Jam baru pon boleh diset dua timezone. Waktu KL/masai dan waktu madinah/mekah sekali. Ai laike.

Nota lain. Utk yg berkenaan. Kalo haku tak dapat balik (maksudnya kalo haku dah padam) kat sana. Sila bawak surat mati haku kat Amanah Raya. Surat wasiat haku dah buat lama dah, walopon harta haku tak banyak mana. Sila jangan gaduh2 anak beranak dan sila hormati peninggalan wasiat haku. Dan jangan lupa sedekahkan fatihah nanti bila haku takde. Wallahualam.

TIADA KENDURI

Haku tak buat kenduri utk brangkat minggu depan. Bukan sebab bidaah. Bukan pasal ekonomi. Haku ada alasan haku sendiri.

Cuma aku minta utk korang yg sayangkan haku supaya doakan haku dapat pergi dan balik dengan selamat. Itu saja.

Amin ya robbal alamin.

MIRIKEL BUKAN SAJA BERLAKU DI DEPAN KAABAH

Seperti yg haku risaukan memangla semua orang berpusu-pusu ke bangunan Jalan Ayer Molek. Haku parking kat luar je, xyah naik masuk bangunan bagai.

Bila sampai kat kaunter, memanglah org tengah berasak2 dan bersesak beratur nak amek hadiah sumbangan tu. Adalah dorang packing dalam bungkusan plastik. Macam2 gak ada. Haku dah simpan niat jahat. Haku ingat nak amek dua. Bukan dorang check pon satu persatu.

Dari barisan kiri, haku tengok pakcik2 makcik kat depan dah kerumun depan kaunter. Haku potong queue ke sebelah barisan paling kanan. Ingat nak cepat. Bila tinggal beberapa orang kat depan, tetiba stock dah habes. Kerani tu kata kena tunggu bekalan dari tingkat atas. Haku punya niat nak amek dua bungkusan pon tetiba pudar.

Bila bekalan sampai bukannye banyak. Sekotak sekotak. Tetiba awek kerani yg cun (yg pakai baju biru depan sekali) tu bilang, sape nak satu je amek dulu. Haku pon dengan tak sabar amek je satu bungkusan. Dan blah dari situ.

Pengajaran. Niat tamak haku dah diganti dengan ketaksabaran haku pulak. Astaghfirullahalazim.

Pascanota. Ada yg bertanya akan isi kandungan bungkusan plastik itu (yg spt pakcik itu pegang). Dalamnya ada sejadah kecil utk sujud, ubat2 krim sapu, ubat gigi dan berus gigi, ubat2 vitamin, uncang batu, dsb.

Portrait Haji No. 2. Namanya encik Razak. Banker rumah lama haku.

TAKLIMAT TERAKHIR

Alhamdulillah. Semalam pagi haku dah dijemput menghadiri taklimat terakhir. Bertempat di Masjid Sultan Abu Bakar. Mula jam 9 pagi, jam 12 tamat. Tapi kena ambil hadiah sumbangan dari pihak penaja di Jalan Ayer Molek.

Taklimat selama dua jam berkisar tentang ibadat dan fardu ain saja.

Haku agak tak puas hati kenapa harus ke pejabat sana ditengah bandar. Kenapa tak diagihkan di masjid saja? Haku tanya pegawai, dengan sopan santun dan lembut dia menjawab, ‘sebab barang hadiah baru sampai dari 2 kontena dari pembekal yg berasingan’. Haku tanya lagi, ‘kan susah ratusan jemaah berkereta nak cari parking disana nanti?’ Dia jawab, ‘ada parking kat tingkat atas percuma’. Jawapan yg haku dah agak tapi tak memuaskan. Layann.

Portrait Haji No. 1. Namanya encik Mustafa. Drebar teksi.

<

MARI KITA KRITIK TABUNG HAJI

Tengahari tadi dah kelam kabut pergi Hospital Jalan Tun Razak utk buat medical check-up.

Tekanan darah 129/80. Oke.
Kadar nadi 65 permin. Regular. Oke.
Bunyi jantung dan bunyi pernafasan oke.
Sistem Gastrousus not palpable which is good. Oke kot. (What does this mean? )
Sistem saraf normal. Oke.
General appearance neat & tidy. Mood normal. Cognitive functions intact. Insight good. Oke.

Masa nak cucuk meningitis kejadian mirikel berlaku uools.┬áMirikel la sangat. Nurse ckp stok dah habes (apa barang?) yg tinggal cuma utk 5 tahun. Haku leh ingat utk ‘budak 5 tahun’ pulak. Haku kata bolehke guna utk orgtua mcm haku? Misi berkali2 bilang yg biasa utk ‘tahan’ 3 tahun. Last2 baru haku paham. Ubat injection meningitis tu utk tahan 5 tahun daa. Bukan utk budak umur 5 tahun. Lagi mahal tapi. *Ketawa.

Pasal tajuk, haku takmoh la kutuk2 tabung haji. Bukannya senang nak jaga dan uruskan 28,000 bakal2 haji kan. Orglen ramai dah komen kat sini: [+ mari kita kritik tabung haji dan klinik panel demi kemajuan negara ]. Ituari baru haku tahu yg kita leh depositkan duit tabung haji guna ATM Bank Islam kalo tahu nombor akaun. Takyah nak amek nombor giliran dan beratur.