Category: Diari Hajiku 2011

3 MINIT DAH JADI 3 JAM

Masa nak solat jamak tamam Magrib petang tadi, tetiba ada beberapa orang pak Arab kot marah2 kata takleh sembahyang kat Arafah – kena sembahyang kat Muzdalifah. Kami tak layan pon.

Lepas solat jamak tamam Magrib dan Isyak di padang Arafah, kami dibawa menaiki bas ke Muzdalifah.

Perjalanan yg sepatutnya cuma tak sampai sepoh minit (sampai ada jemaah yg dipaksa berdiri didalam bas), tetiba menjadi 3 jam. Gara-gara haku kena lagi naik bas suwey (haram-j*ddah) yg rosak dan terpaksa berhenti ditepi hiway. Menunggu bas yg satu lagi pon amek masa 2 jam! Dan bas itupun rosak (updated: bas takdok permit) sblom smpi ke pintu masuk kawasan Muzdalifah – bayangkan! Walopon begitu, kami tiba seblom tengahmalam di Muzdalifah untuk bermabit dan mengutip batu lontaran jamrah. Sabar jer makk.

Keadaan di Muzdalifah yg tiada khemah, cuma sebidang padang gurun yg tandus dan jemaah terpaksa tidur dikawasan lapang. Tidaklah sesejuk yg haku sangka walopon haku pakai jugak sleeping bag yg haku bawak. Haku pungut jugak batu2 kecil utk lontaran di Mina nanti. Lepas solat subuh, kami bertolak ke khemah kami di Mina.

BERWUKUF DI PADANG ARAFAH

Alhamdulillah. Seperti dijadualkan kami berangkat ke Arafah tengah malam semalam. Walaupun ada kekalutan tentang jadual, tapi syukur kerana kami sampai di khemah dengan selamat.

Doa ini untuk orang tua haku Haji Masrom Jamhari di kampong:

YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa-dosa bapakku, berkatilah beliau, sehatkan lah beliau, murahkan lah rezeki beliau, panjangkan lah usia beliau, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah beliau, Amin ya rabbal alamin.

Untuk arwah ibu haku :

YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa-dosa Allahyarhamah Hajjah Salamah Haji Tahir, tempatkanlah Ibuku di tempat orang-orang yang beriman. Amin ya rabbal alamin.

SOLAT JUMAAT TERAKHIR DI MAKKAH

Hari ini hari Jumaat terakhir haku berada di Mekah al-mukarramah. Esok pagi pagi dah gi Arafah utk wukuf. Minggu depan dah nak balik Masai.

Keadaan masjidilharam yg agak lengang tengahari tadi. Sebab ramai jemaah sudah bepergian ke Mina (mengikut sunnah nabi saw). Kumpulan jemaah dari hotel kami dijadualkan akan berlepas ke Arafah tengah malam ini. InsyaAllah.

SEJUKNYA MUZDALIFAH MACAM NAK MAMPUS, BETUL KAH?

Kata Prof Muhd Kamil Ibrahim dalam buku Travelog Hajinya, mukasurat 173:

“Badan menggigil. Tahap kesejukan sudah sampai ke otak. Terbayang yg minda sedang dibekukan secara perlahan-lahan. Hampir-hampir tidak (boleh) berfikir.”

Haku sebenarnya terkejut dan fobia selepas baca buku travelog beliau, haku berpendapat kalo betullah keadaan suhu di Muzdalifah betul2 sejuk, tiadakah cara utk kita mengatasinya walopon dalam keadaan berihram? Ataupun ketika beliau tiba di situ betul2 musim sejuk? Sebab haku tak pernah dengar sesape kengkawan atau sedara mare komplen pasal kesejukan terlampau di Muzdalifah yg berbumbungkan langit, berdindingkan angin dan berlantaikan batu batan di bumi. Atau mereka sengaja tak mahu cerita apa2 dan anggap sebagai cobaan.

Yg haku boleh pikirkan utk menahan kesejukan itu hanyalah menggunakan sleeping bag (beg tidur) saja.

Masa ikuti taklimat akhir Tabung Haji di Masjid Abu Bakar bulan lepas, haku diberitahu bahawa kita boleh memakai sleeping bag. Semalam haku dah bertanya pada ustaz pembimbing ugama dan beliau mengesahkannya, Cuma tidak boleh menutup kepala semasa ihram.

Tapi dapatkah sleeping bag haku mengatasi masalah kesejukan di Muzdalifah nanti? Kita tunggu.

Harap2 hal tidak kecukupan tandas awam jugak tidak menjadi masalah nanti.

“Ya Allah, ampunilah haku, ya Allah. Mudahkanlah perjalanan haku dari Mekah ke Arafah. Jauhilah haku daripada sebarang mala petaka. Jangan Engkau uji diriku dengan sesuatu yg tidak dapat haku pikul. Berikanlah kesihatan yg baik. Amankan hati. Tenangkan perasaanku. Ingatkan haku supaya bertalbiah sepanjang jalan. Ya Allah mudahkan urusanku semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Berikanlah kemudahan bilik air kepadaku. Janganlah ia menjadi satu masalah yg besar. Amin ya robbal alamin.”

Nota. Jangan lupa, penulis buku mengerjakan haji menggunakan muassasah, bukan pakej tabung haji. Mungkin pengalaman yg berbeza. Wallahualam.

Pascanota. Olehkerana tiada kecapaian wifi di padang Arafah, Muzdalifah dan Mina, maka photoblog haku (yg tiada apa2 ini) akan lewat diupdate sehingga haku balik dari sana. InsyaAllah. Harap2 jugak otak haku masih tak beku bila haku balik ke Masai nanti (minggu depan).

Updated. 8 Nov 2011 (Selasa). Haku baru balik dari Mina lepas Nafar Awal. Keadaan di Muzdalifah tidaklah sesejuk spt yg digambarkan oleh penulis. Alhamdulillah.

FAKIR MISKIN

Dikhabarkan bahawa tiadalah rakyat Arab Saudi yg miskin, yakni yg hidup dibawah kemiskinan tegar. Jadi setiap tahun kerajaan Arab Saudi menghadapi masalah utk mengagihkan wang zakat yg berbilion riyal. Tapi public toilets pon susah nak buat kann.

Citer lain. Ustaz jugak memberitahu sekiranya hendak membayar dam ihram atau memberi sedekah janganlah diberikan pada peminta sedekah yg bergelendangan di tepi atau ditengah jalan yg berlipat2 tangan. Lebih elok diberikan pada para pekerja pencuci lantai masjidil haram yg gajinya tak seberapa. Wallahualam.

Nota. Sejak seminggu lepas dah tak nampak pengemis bangsa Afrika yg meminta2 ditengah jalan. Mungkin dah kena kandang agaknya. Begitupun, makin ramai jemaah haji berkumpul dan berkampung ditepi2 longkang (ada ke longkang kat Mekah nih?) atas sejadah je. Sidai baju, kencing berak sana sini. Siap bawak periuk belanga lagik. Esok dah nak gi wukuf.

PRE-ARAFAH BRIEFING

Wukuf pada hari Sabtu tengahari (weekend nih), bila gelincir matahari, atau masuk waktu solat zohor di Arafah. Menandakan raya haji di Masai pada hari Ahad kann. Dan juga menjadikan raya haji tahun kedua berturut-turut haku menyambutnya di luar negara. Tahun lepas di bawah sini.

Tadi malam dah ikuti taklimat ringkas tentang persiapan jemaah ke padang Arafah hari Jumaat nanti. Taklimat yg ringkas tapi padat. Semoga semuanya berjalan lancar spt dirancang. Amin ya robbal alamin.

[.. ]