Category: Family

IBU MANA YANG TAK SAYANG ANAK, TAPI

APPETON BILLBOARD AD ON KM 92 PLUS HIGHWAY HEADING NORTH

Siapalah yg tak sayang anak? Tapi ada kan? Kannns.

Sekarang ini sudah ada papan iklan besar yg baru di lebuhraya. Papan iklan besar dulu yg menunjukkan bateri yg lebih berkuasa pun sudah tidak ada. [+ Tahan Lama Tiada Masalah U Nak? ]

Alahai.

WINNIE THE POOH WAVES AT ME

Winnie the Pooh waves at me

Semalam penulis sudah berlarian lagi ke Jaya Jusco Tebrau City. Kawasan tengah pusat membeli belah itu sedang direnovasi dan ditutup. Tapi penulis sempat lagi belikan bocah cilik (anak lanang) penulis mainan lego lagi.

Alahai.

AYAH PIN

KELUARGA AYAH PIN, BANK ISLAM, SENAI AIRPORT

Semalam tengahari penulis sudah hantar anak lanang penulis ke lapanganterbang itu.

Dan sempatlah juga anak lanang penulis membeli 3 ketul burger di restoran Burger King di hentian Petronas Skudai walaupun dibuka lambat satu jam dari waktu yg dipaparkan dalam laman web mereka. Tak baik tipu, berdosa tau!

Pascanota. Anak lanang penulis memey sudah habis menjalani latihan industrinya di syarikat tempat penulis bekerja ini selama 10 minggu pada minggu lepas. Dan beliau akan menghabiskan pembelajarannya di Kota Samarahan yg itu untuk tinggal setahun lagi. InsyaAllah.

Alahai.

ADM, BON VOYAGE AND STUDY HARD MY BOY

BURGER KING, HASAN ONG

Restoran Makanan Laut Hasan Mohammad Ong Jalan Lombong

Anak lanang penulis akan terbang ke seberang lautan tengahari ini (Ahad). Tadi Sabtu petang, anak lanang penulis sudah bertanya kalau-kalau penulis sempat singgah membeli burger dari Restoran Burger King sebelum ke lapangan terbang. Anak lanang memberitahu bahawa rakan beliau memesannya kelmarin untuk dibawa ke universitinya sebab di Sarawak tiadalah restoran Burger King itu. Setahu penulis restoran Burger King berdekatan Tol Senai arah utara macam hidup segan mati tak mahu saja. Disebabkan itu, penulis tidak pasti samada restoran itu masih menjual burgernya seperti biasa.

Cerita lain. Isteri penulis sudah lama membebel-bebel mahu mencuba meratah ketam masak telur masin di restoran Cina Muslim di Kota Tinggi itu. Mencari restoran tersebut amatlah mudah yg terletak di Jalan Lombong berhadapan Bank Islam saja. Mula-mula penulis ingatkan masakan Cina yg tiada pedas, tapi merasakan hidangan Siakap 3 rasa tadi memanglah kena dengan selera penulis. Ditambah dengan sup sirip ikan yu memanglah membuatkan penulis lupa tentang tahap kolesterol dalam badan penulis yg patut dikurangkan.

Alahai.

WET TISSUE, RESTORAN HASAN ONG, KOTA TINGGI. 2012.
THE MENU. RESTORAN HASAN ONG, JALAN TUN HABAB, KOTA TINGGI. 2012.
SHARK FIN SOUP, RESTORAN HASAN ONG, KOTA TINGGI. 2012.
SIAKAP 3 RASA, RESTORAN HASAN ONG, KOTA TINGGI. 2012.
KETAM MASAK TELUR MASIN, RESTORAN HASAN ONG, KOTA TINGGI. 2012.
KANGKUNG BELACAN, RESTORAN HASAN ONG, KOTA TINGGI. 2012.
ME
YAASIR, MQ, ADM, AQI AT RESTORAN HASAN ONG, KOTA TINGGI. 2012.

OPPA GANGNAM STYLE

Yaasir – Gangnam Style

Mula-mula penulis ingatkan Gangnam style itu seperti geng enam jahanam begitu. Rupa-rupanya penulis sudah tersilap.

Sebenarnya Gangnam style adalah trend muzik Korea pop terkini yg anak muda mudi tergila-gilakan sekarang. Dan Gangnam adalah nama sebuah perkampungan di Korea juga.

Alahai.

TAKPERLAH, ME PASS

THE 23RD ANNIVERSARY THAT YOUR FATHER FORGOT AND YOUR MOTHER DOESN’T CARE ABOUT LEGOLAND

Semalam selepas menghantar kak Jnulekasnova (klise!) untuk diservis buat pertama kalinya, penulis berlari-larian ke Nusajaya untuk melihat sendiri taman tema Legoland yg sedang glemer yg akan dibuka pada 15hb September 2012 ini.

Walaupun ada rakan-rakan penulis yg berkata bahawa panduan jalan arah ke Legoland amatlah mudah, tak susah nak mencari, dan signboardnya besar-besar amatlah mencabar juga. Penulis merasakan cabaran yg sama semasa penulis mula-mula mencari pusat beli-belah JPO Kulaijaya dulu-dulu. Sepatutnya signboard atau papantanda yg besar-besar sudah terpancang awal-awal dari Taman Perling lagi, atau dari bandaraya Johor Bahru lagi, atau dari pekan Masai lagi. Ala, seperti papantanda majlis budak-budak pengantin yg ditampal kat tiang-tiang trafik jalanraya. Boleh kah begitu? *Senyum.

Disebabkan penulis tiada tiket undangan percuma, maka penulis hanya mampu mengencis saja dari pintu luar dan menangkap sekeping dua keping gambiran saja sudah. Lagipun ditengahari yg terik tanpa adanya apek yg menjual aiskrim batang, yg membuatkan penulis dibanjiri peluh atas dan bawah.

Sambil itu, penulis tidaklah hendak menunjuk-nunjuk gambiran-gambiran lain selain sekeping saja diatas kerana ramai sudah rakan-rakan penulis yg lain yg sudah berjaya masuk kedalam taman secara percuma dan mengambil gambar yg lebih mancongkam.

Alahai.