Category: Feeling Myself

SENARAI LAGU KARAOKE YG EN_ME SUKA (DENGAR)

JINBARA – CINTA PANTAI MERDEKA

Sebenarnya sudah lama penulis ingin memuatturun lagu-lagu mp3 dari laman web. Dan semalam baru penulis berjaya melakukannya. Dan penulis sudah bersedia untuk menyalin lagu-lagu karaoke itu ke dalam pemain mp3 untuk didengar didalam kereta penulis yg itu.

| Cinta Pantai Merdeka (Jinbara) | Mengusung Rindu (Spin) | Janji Manis Mu (Aishah) | Akulah Kekasih Mu (Axl) | Andai Dapat Ku Undur Masa (Axl) | Robek Hati Ku (Mas Idayu) | Mas Joko (Helvy Maryand) | Suara Semalam (Ella) | Kopi Dangdut (Fahmy Sahab) | Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal (Fotograf) | Suara Ku Berharap (Hijau Daun) | Sendiri (May) | Cinta Kain Putih (Putra) | Teringin (Shima) | Rindu Serindu-rindunya (Spoon) | Lepaskanmu kerana Terpaksa (Ukays) | Disana Menanti Disini Menunggu (Ukays) | Putus Terpaksa (Ziana Zain) |

Nota. Penulis juga baru tahu yg penyanyi Along Spin Spoon telah mati dibunuh manakala penyanyi Achik Spoon Spin meninggal dunia kerana kemalangan kereta. Dan penyanyi Amir Ukays pun pernah kemalangan jalanraya tetapi tidak meninggal dunia. Begitupun salah seorang anak kembar Amir Ukays meninggal dunia disebabkan komplikated komplikasi jantung, bukan kerana kemalangan jalanraya ya.

Alahai.

KAHWIN JE LAH DENGAN TIMUN

OUT OF FOCUS, BUKIT BINTANG MONORAIL STATION, KL. 2012.

Tiba-tiba saja penulis hendak menulis seperti ini, ‘kalau tidak mahu dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.’

Chopp. Penulis juga mahu menulis seperti ini juga, ‘kalau tidak mahu hidup komplikated bila berumahtangga, kahwin saja dengan timun, atau pisang, atau lesung batu.’ Kahh.

Alahai.

Protected: SORRY, BLAME IT ON ME

Akon – Blame It On Me

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini seiring dengan semangat Ramadhan dan Syawal, penulis ingin memohon ampun dan maaf kepada para sahabat pembaca dan pengikut blog yg penulis Tidak Suka ini jika ada penulis tersalah tulis, terkasar sanggahan atau tidak menyiarkan sesetengah komen yang tidak berapa sesuai mahu pun terlepas siar komen yang tidak berapa molek.

Dengan ini, penulis ingin mengucapkan juga Selamat Hariraya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Alahai.

ON JALAN TUN RAZAK YESTERDAY

YESTERDAY 5.19PM ON JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR, 15 MINUTES BEFORE I INJECTED MYSELF INTO THE TRAFFIC BLOOD VEINS

Petang jumaat semalam, me balik kerja lambat sikit. Sebenarnya tak macam selalu. Selalunya kan me balik awal.

Keadaan di simpang empat Ampang Park memang bercelaru. Sesak bontot ke bontot. Dekat satu jam baru limpas terowong Smart lah sangat itu.

Alahai.