
Malam kelmarin sempat lagi penulis berlarian ke Jalan Doraisamy itu. Ada rakan penulis berkata sup daging tepi longkang dorang memey sedap selain Brickfields, Klang dan Pelita yg mana kesemua tempat itu penulis belum mencuba lagi.
Alahai.




Malam kelmarin sempat lagi penulis berlarian ke Jalan Doraisamy itu. Ada rakan penulis berkata sup daging tepi longkang dorang memey sedap selain Brickfields, Klang dan Pelita yg mana kesemua tempat itu penulis belum mencuba lagi.
Alahai.
Penulis sudah lama mahu mencuci skuter kesayangan penulis intan payung itu. Selalunya asyik tertangguh saja disebabkan kesibukan (sangat) penulis sepanjang hari dan sepanjang minggu.
Semalam penulis sudah singgah di tempat cuci kereta mandian salji di Kampung Baru. Sepelaung saja jaraknya dari Bukit Tokio.
Sementara menunggu skuter penulis dimandikan, sempat lagi penulis memanjat anak tangga menjamu selera rojak mee Pasembor di warung atas busut itu.
Alahai.
Anak lanang penulis akan terbang ke seberang lautan tengahari ini (Ahad). Tadi Sabtu petang, anak lanang penulis sudah bertanya kalau-kalau penulis sempat singgah membeli burger dari Restoran Burger King sebelum ke lapangan terbang. Anak lanang memberitahu bahawa rakan beliau memesannya kelmarin untuk dibawa ke universitinya sebab di Sarawak tiadalah restoran Burger King itu. Setahu penulis restoran Burger King berdekatan Tol Senai arah utara macam hidup segan mati tak mahu saja. Disebabkan itu, penulis tidak pasti samada restoran itu masih menjual burgernya seperti biasa.
Cerita lain. Isteri penulis sudah lama membebel-bebel mahu mencuba meratah ketam masak telur masin di restoran Cina Muslim di Kota Tinggi itu. Mencari restoran tersebut amatlah mudah yg terletak di Jalan Lombong berhadapan Bank Islam saja. Mula-mula penulis ingatkan masakan Cina yg tiada pedas, tapi merasakan hidangan Siakap 3 rasa tadi memanglah kena dengan selera penulis. Ditambah dengan sup sirip ikan yu memanglah membuatkan penulis lupa tentang tahap kolesterol dalam badan penulis yg patut dikurangkan.
Alahai.
Semalam, jabatan di tempat penulis bertugas telah mengadakan jamuan makan-makan sempena hariraya aidilfitri.
Sebahagian gambiran yg penulis sempat tangkap dan tayang di blog yg penulis Tak Suka ini. [More than 41 photos total ]
Alahai.
Sebenarnya pembantu rumah penulis sudah lama beritahu bahawa beliau hendak pergi beraya ke rumah adiknya di Skudai. Hendak pergi pagi dan balik lewat petang. Penulis rasa pun tidak menjadi masalah.
Tapi bila penulis sudah bersedia keluar rumah pagi-pagi tadi, pembantu rumah kata adik beliau tidak dapat dihubungi. Semalamnya, adik beliau beritahu masih berada di Perak.
Dipendekkan cerita, penulis makan sarapan pagi di restoran makanan segera saja.
Alahai.
Мой коллега по проектированию в PDMS, г-н Александр Уразаев, находившийся в Куала-Лумпур в течение двух недель и в эти выходные собирающийся обратно. Сегодня он неожиданно сделал мне подарок, плитку Российского шоколада в качестве сувенира. Я его премного поблагодарил.
Terjemahan. Rakan sekerja penulis dari Rusia, yg telah bertugas sementara disini selama 2 minggu, akan terbang pulang ke Rusia pada hujung minggu ini. Hari ini, tiba-tiba Alex memberikan penulis sekotak cokelat Rusia. Thank you, Alex.
Alahai.
Semalam malas lagi hendak beli makanan berbuka puasa di param. Beli kuih muih dulu di tepi Jalan Bukit Indah.
Lepas solat maghrib, makan sate ayam di Restoran Satay Station sudah.
Alahai.