Category: HO HUM

ORGLEN DAPAT UPAH FREE TRIPOD MERAH MANCONGKAM LAGIKKS

↑ multiple fireworks I captured last night

Gara-gara gatal nak jugak ripit bungapi pesta Floria Putrajaya 2012 semalam me beli tripod yg murahan saja. Beli lima poh hinggit kat Ampang Park sudah.

Walopon pendek kurus kedeking, sibbaik tak patah masa guna atas Jambatan Wawasan.

Timekaseh pada Uncle Wan (bukan nama sebenar) yg temankan me berborak sampai habis pertunjukan bungapi itu. Baru balik Zimbabwe katanya.

Alahai.

RESTORAN HAJIME

↑ HAJIME Restaurant, Jalan Damai off Jalan Tun Razak and the photo is not belong to me

Ada orang kata steak buaya panggang kat restoran jepun Jalan Damai sedap. Tapi bila me pergi terjah nak tengok restorannya, dah bungkus lah pula.

Lenkali nak terai nasi ayam rempah atau asam pedas terangkat Desa Pandan pulop.

Alahai.

THE LADDER THEORY

↑ monkey ladder design on the 3D model

Kemaren masa tengah makan hati berulam jantung kit kat, terbaca pulak artikel pasal ‘the Ladder Theory’. Teori tentang hubungan intim antara lelaki dan pompuan. Asasnya, orang lelaki ada satu tangga dan orang pompuan ada dua tangga. Orang lelaki pon boleh sampai tiga atau empat rumah tangga ke guano? Kahh.

Tangga bermaksud hubungan intim tersebut yg mana lagi tinggi kedudukan atas tangga itu lagi intimlah hubungan mereka.

Kalo lelaki dan pompuan memasing ada satu tangga memanglah senang. Tapi masalahnya ialah problem, sbb pompuan ada dua tangga. Satu tangga utk ‘kawan saja’, dan satu tangga lagi utk hubungan lebih sekadar ‘kawan’, maksudnya utk hubungan kelamin atau berkahwin. Dan yg rumitnya (mengikut teori tersebut), orang pompuan mencurahkan perasaan kasih sayang, sms ‘miss u’, ‘love you’, ‘rindunye awak’ atau ‘lebiu’ atau ‘nak usap perot aWak’ dan cinta sama sejibik utk kedua2 tangga tangga tersebut.

[+ The Ladder Theory ]

Alahai.