Category: Johor Bahru

NEXT STOP? EGYPT?


↑ Toyota Service Center, Plentong

Sabtu kelmarin sudah hantar van buruk untuk servis. Sudah 11 tahun bersama-sama. Susah dan senang. Ada kawan lain, sudah 9 tahun pakai (van jenis yg sama), nak jual, beli Alphard katanya. Amboiii.

Sambil layan movie ‘Gallipoli‘. Dan teh tarik dan nasi lemak dan kolesterol gratis.

Alahai.

↑ Gallipoli on the screen

WELL DONE

Sebenarnya dah lama mQ (baca my Queen oke) dapat surat promotion. Janji nak banjer makan sushi pon dah lama tak jadi jadi. Tak lupa mQ tapi.

Petang Jumaat pas magrib anak beranak penuh satu van bagai pergi Jaya Jusco Permas Jaya. Makan sushi kat Sushi King sudah. Pas haku bayar bil segala, baru mQ terhegeh2 kata nak banjer sbb promotions dia, nak bayarkan bil – masuk maybank2u lagik. Har har har – saperla tak sayang bini, tapi ada kan. Kanns?

HAZY SUNRISE

Pagi2 Senin haku dah terjah Tasik Pasir Gudang II. Nak tangkap sunrise tapi mendunglah pulak.

Arini Esok (Rabu) hari kebangsaan. Mugo2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin ya robbal alamin.

MAAF ZAHIR DAN BATHIN

Arini raya sudah.

Semalam sempat ajar kaum kerabat satu2nya ketupat yg haku tahu. Ketupat kodok je.

Salam hariraya aidilfitri maaf zahir bathin buat kengkawan semualah dari me yg jauh dimata. Sila pastikan dapur gas dan peralatan elektrik telah ditutup. Pastikan setiap pintu/tingkap dikunci dengan rapi. Berhati2 diatas jalanraya.

Majulah sukan utk negara.