Category: Kluang

NEXT 58 KM

yesterday sunset on Pagoh highway

Selamat pagi Senin di bulan Ramadhan yg ceria buat kengkawan semua lah.

Nota. Rasa macam kurang sopan je tutup komen blog kan.

Alahai.

Advertisements

TUGU PERINGATAN AYER HITAM

Dari Gunung Lambak hari Ahad semalam, haku ingat nak terus balik. Tetiba tangan gatal nak gi tempat sejarah sebab dh lama haku tak terjah tempat sejarah.

Wak Garmin kata ada 2nd World War Memorial Park kat Ayer Hitam. Terletak di tepi jalan lama Ayer Hitam – JB saja. Tapi yg peliknya bila haku tiba di tugu peringatan nih, tiadalah tulisan bahasa kebangsaan atau bahasa inggeris. Hanyalah tulisan bahasa tionghua saja. Dan tiadalah maklumat dalam internet yg haku jumpa berkenaan tugu peringatan ini.

Ada sesiapa dapat membantu?

TAK DAPAT GADING BERTUAH

Pas dari Gunung Belumut yg ditutup itu, haku terus patah balik ke bandar Kluang. Terjah Gunung Lambak pulak.

Sorang diri haku panjat gunung melalui track yg disediakan sampai ke puncak atas ada bangku panjang. Letih gila. Dan kuchiva gak sbb airterjun yg ada cuma tingginye secipot. Jadilah daripada takde langsung kann.

Ramai sungguh orang beriadah dan berjogging disini. Tapi haku rasa dibulan puasa ini cuma haku sorang jer yg bersawo matang. *Ketawa.

ANOTHER FAILED WATERFALLS MISSION: LUMUT, BELUMUT, BERLUMUT

Minggu lepas tak dapat nak carik waterfalls.

Ituari sudah gagal nak menjejak airterjun di Labis. Tapi haku masih tak putus asa jugak.

Pagi tadi (Ahad) dah terjah ke air terjun Belumut. Limpas bandar Kluang sambil beli rempeyek Wak Tunot yg popular itu.

Tapi sungguh tak kusangka, buah cempedak dah jadi nangka. Bila smpi kat depan taman airterjun, pintu gate sudah tertutup. Jangkitan kuman lagi agaknya.

Tapi ada satu lagi airterjun yg berdekatan yg patut diterjah. Walopon dulu penah kesitu. Harap2 tak ditutup jugak. Tungguuuu.

CHAMEK RAILWAY STATION

Hari ahad, kes tak tau nak jalan2 kemana2.

Mula2 plan nak ke menara tinjau Batu Pahat. Tetiba melencong ke pekan Chamek pulak. Tengok bangunan stor, jamban dan bekas stesen keretapi pun dah dicat baru.

[+ stesen keretapi chamek ]

Mungkin gi tembak sunset Batu Pahat next time jer.

Postnote. One more picture with yours truly, thanks to aQi.