Category: Kulaijaya

AKU TAK SUKA KALER HIJAU

Gunung Pulai, Jalan Sawah, Kulaijaya

Ahad semalam pepagi lagi sudah hantar ayahnda nak buat gigi palsunya. Tapi doc kata takleh buat dulu sebab ayahnda baru je dicabut giginya minggu lepas. Nampaknya kena tunggu me balik dari obersi dulu.

Salam pagi Senin kengkawan semua2 lah.

Alahai.

↑ Gunung Pulai, Jalan Sawah, Kulaijaya 

↑ my old man at Klinik Pergigian Makmur

13

Pagi Ahad (13 Mei 2012) sudah sampai diperkarangan restoran KFC Saleng.

Majlis pelancaran Kembara Mahkota Johor yg ketigabelas.

Perdana Menteri, dan Menteri Besar, pun ada. Sambil promosi kempen pilihanraya umum (PRU) ke tigabelas juga.

Citer berkaitan. Gambar2 dlm entri ni guna kamera dslr. Gambar me dgn Dato Hishamuddin Onn dalam kamera Lumix GF1 tak boleh dibaca pula.

Alahai.

SENAI AIRPORT SUNRISE

[+ 46/365 ]

Pagi2 semalam (Sabtu) pas Suboh, haku dan aDm bergegas ke Senai Airport. Sbb aDm nak serah kunci motornya kat kawan yg berangkat awal balik ke Unimas.

Korang bayangkan. Sunrise pukul 7.03 pagi. Dorang tutup lampu bangunan kul 6.58pagi. Apa barang kann?

Haku sempat amek gambo single frame atas sblom lampu bangunan ditutup. Sibbaik masih blue hour gituu.

BLACK ANTS BITE AND ALMOST LOST MY WALLET

Petang Ahad kemaren haku dah balik kampung tengok bapak haku yg masih tenat.

Dalam perjalanan haku tertarik pd landscape kat bawah nih. Dengan bukit bekas tanaman kelapa sawit menghijau dan sinaran mentari merah diufuk barat. Haku kira memang leh jadik sasaran lensa sunset haku.

Haku amek masa beberapa minit juge utk berpk dan patah balik ke tempat nih. Parking kat tempat jalan ladang yg berbatu grevel. Haku kuar dari kete dgn kamera dslr haku yg besar gedabak. Haku amek gambo dari luar gate kayu saje yg berduri pagarnye. Tapi sungguh tak ku sangka – buah cempedak dah jadik nangka. Baru beberapa klik haku amek gambo, semut2 kecil hitam sudah mula memanjat suar dan geget kaki haku. Ini bukan sebarang semut itam. Saiz je kecik tapi geget macam kerengga. Mungkin haku dah terpijak sarangnye. Terlompat2 haku sambil tanggal suar, takut2 kalo semut dah masuk suar dalam uoools. Kalo semut geget anu dlm botol saper yg susah? mmak jugak yg susahh. Sib haku tak baek juge, haku takdok bawak suar spare ataupun kain sarong. Jadik haku amek lagik gambo sunset nih beberapa kali tanpe suar. Bottomless orang kata.

Dan haku teruskan pejalanan (dengan tak pakey suar oke) dan bile sampai kat umah bapak haku dan biler haku nak pakey balek suar jeans, haku baru perasan wallet haku dah hilang. Haku syak mesti tertinggal kat tempat haku tanggalkan suar jeans haku tadik. Dem.

Dah panik macam2 nak dipk kalo tak jumpe wallet tersayang. Kena cuti keje pulak, kene repot polis, kena gi JPN pasal ic, kena calling2 bank pasal kredit kad lagik. Leceh kann.

Dipendekkan citer, haku bekejaran balek ke tempat tadi. Agak jauhla jugak. Risau juger sebab hari dah gelap. Naseb haku baek sebab wallet haku masih ade kat situ walopown dah kena lenyek dengan tayar van buruk haku tuh. Syukur jer.

Citer pasal kondisi bapak haku. Sekang dah nampk lebih sehat dan kuat. Suara percakapan pon lebih jelas.

Midlands Oil Palms Plantations Estate, Kulaijaya

SEKERAS KERIKIL

Jalan Midlands, Kulaijaya

Pagi2 Sabtu haku dah balik kampung. Ziarah bapak haku yg sedang uzur. Ituari kan dok kat umah abang haku di Felda Tenggaroh.

  • Badan sebelah masih kena stroke x leh gerak.
  • Marah pada anak2 yg xnak balik jenguk.
  • Masih degil nak buat parang yg orang order.
  • Sibbaik de adik pompuan sanggup berenti keje nak jaga.
  • Dah warning xnak gi spital, xnak berurut, xnak macam2.

Haku kuar umah awal pagi sbb haku nak amek gambo matahari terbit kat Gunung Pulai nih.

[+ 3 May 2010 – Gunung Pulai ]

Citer lain. Balik dari kampung, haku sempat tengok movie HBO – Mr Holland’s Opus. Memang bergelinang airmata. Sentimental sungguh haku. *Ketawa.

Nota kecil. Drama sekeras kerikil lakonan mantap Jalil Hamid dan Fauziah Nawi yg berkesan. Tapi haku tengok sekali, lama sudah, itupun x abes. Nak download torrent rasa malaslah pulak.

Jalan Sawah, Pekan Nenas