Category: Nikon D7000

RUMAH PENGHULU ABDUL GHANI

Semalam petang (Jumaat) pas amek aTi kat asrama kolejnye di Jasin, haku terus terjah ke Merlimau. Tujuan utama nak tangkap gambo rumah penghulu Natar yg popular itu.

Rumah tradisional penghulu demang Abdul Ghani Abdul Majid atau sekarang dipanggil rumah penghulu Natar amatlah unik kerana kesenian campuran melayu, cina dan eropah.

Seperti muzium bugis di Pontian, tiadalah penjaga ketika haku sampi semalam. Jadi, haku masuk (bukak kasut) dan tangkap gambo dari luar, ke berandah dan ke loteng jugak. Cuma haku tak jenguk bangunan rumah dan penjara sementara di belakang.

NO PHOTOGRAPHY HERE: PART III

Tapi kejadian haku amek gambar kat PJCC lain pulak citernyer.

Kelmarin haku dah smpi pjcc. Agak mencabar jugak ke sana sbb bangunan unik ala ulat caterpillar (oleh Hijjas Kasturi) masih takdok dalm maps google atau wakgarmin lagik. Terpaksa haku ikut NPE dan kuar kat Kampong Medan dan Kampong Datuk Harun.

Dipendekkan citer, haku smpi kat pjcc dah hampir senja. Ade sorang pakguard (yg mula2 haku ingat bangsa Nepal atau Bangla) dengan bulldognye ke hulu hilir. Haku cuba snap2 gambar kat luar perkarangan saja. Memang spt yg haku agak, pakguard nih pekik2 kat haku kata takleh amek photo. Kebetulan ada 2 org makcik cina kuar dari ofis (nak balik rumah). Tapi pakguard nih mcm lain skit stylonye. Sambil kenyit2 mata, dia kata soh haku tunggu sekejap sampi makcik2 cina tu blah dulu. Haku followw jer.

Pas line clear, haku datang lagik. Pakguard tadik kata memang takleh amek gambo masa dorang (staff) tu masih kat situ. Kena bayar katanya. Sambil tu dia tunjuk2 kat haku tempat2 yg haku leh tangkap gamba. Ada certain area tu dia tak bagi sebab ada cctv. Haku follow jer.

Masa haku snap2 gambo pakai tripod, pakguard yg peramah tu sempat borak2 dgn haku. Antaranya:

  • memang dasar kaum cina buat bisnes, tangkap gambar pon tak boleh. Satu sen pon nak berkira. Risau kalo photographer jual gambar dan dorang rugi hibu-hibu hinggit.
  • marah kat bebudak rempit yg tetibe berlumba diperkarangan kedai disitu. Bangsa yg bodoh je yg tak sayang nyawa – dah lah takdok insuran. Kalo org lain, sanggup berlumba tapi kat tempat yg sesuai lohh.
  • baru haku tahu pakguard nih bukan Bangla atau Nepal, tapi keturunan benggali Singh. Local katanya. Haku pon cepat2 mintak maap naa. Kenapa dia tak pakai serban, dia jawab sebab ‘Singh dah modern’.
  • pakguard Singh tu kata, gaji bulldog yg dia jaga utk menjaga pjcc pon lebih mahal dari gaji dia.
  • bila haku tanya pasal famili, dia kata ada 2 orang anak. Dua2 top student tengah amek medic study kat UK, katanya. Dua-duanya sponsored by the government (kerajaan yg memerintah). Bangga sungguh dia jadi rakyat Malaysia kan.

Updated. The unique caterpillar looks alike building is called ‘The Pod’. Thanks to Andrea Dennis who just wrote me an email.

KAMPUNG ANG TONG

Masa dlm perjalanan ke makam seluyut, melalui jalan tanah merah. Haku tetibe ternampak ada satu jalan bertar pulak. Tergerak hati nak tengok apa ada disana. Mungkin cuma jalan menuju ke pencawang elektrik atau sebagainya.

Tapi sungguh tak kusangka, rupanye jalan ke Kampong Ang Tong juga. Masa haku nak tembak gambar ‘Ramp Buah’ kata pakcik yg tetibe dtg tegur haku dan seterusnya bawak haku ke jeti berhampiran yg sudah reput.

MAKAM SELUYUT

Sebenarnye dari Kota Tinggi Waterfalls, haku dah gatal nak gi Makam Seluyut. Tapi haku tak terus ke bandar, haku limpas kampung Lukut dan terus menuju ke Desaru. Walopon haku tahu jalan nak ke situ (makam Seluyut) melalui jalan tanah merah adanya. Dan didalam ladang kelapa sawit jugakk.

Lokasi Bukit Seluyut ini terletak berhampiran dengan kuala Sungai Seluyut dan Selat Medina/Selat Mentanggor di Sungai Johor. Bukit Seluyut pernah menjadi Pusat Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1564-1570) iaitu Sultan Johor ketiga. Di sinilah juga Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang iaitu pengarang buku Sejarah Melayu dilahirkan. Istana sultan dibina di atas bukit Seluyut yang tingginya kira-kira 204 kaki dengan tujuan supaya mudah mengawasi pergerakan kapal di Sungai Johor. Pusat pemerintahan di Bukit Seluyut hanya bertahan selama tujuh tahun sahaja kerana Sultan Ali Jala iaitu Sultan Johor keempat telah memindahkan pusat pemerintahannya ke Tanah Putih. (sumber – tempat sejarah kota tinggi )

Di sinilah juga Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang iaitu pengarang buku Sejarah Melayu dilahirkan.

Nota. Mengikut buku yg haku dah baca, sebenarnya ada lagi satu makam berdekatan. Iaitu makam fatimah, tapi masa haku pegi sini, haku tak perasan pulak sebab papantanda atau informasi pon takde.