Category: Sabah

JALAN JALAN DI BAWAH BAYU: EPILOGUE

Walopon agak lama haku dah balik dari Sabah. Tapi haku nak buat summary psl pengalaman haku kat sana je. Lain org lain pulak pengalamannye kann.

Where to stay?

Haku dok kat Kinabalu Daya Hotel, tengah bandaraya. Memang hotel yg selesa. Mula2 haku dok kt tingkat 6 ngadap jalanraya. Tp haku mintak tukar ngadap laut – nk tengok sunset. Bila dpt tukar hari kedua, haku dok kt tingkat 10, mmg ngadap laut, tp hampeh gak sbb bangunan kat depan lagik tinggi uoolss.

Cuma 2 bende yg haku tak puas ati. Satu, psl parking. Terpaksa carik parking public pusing keliling hotel. Kalo takdok, kena parking agak jauh. Dua, psl internet. Walopon kat lobby ade wifi dn haku diberi kata laluan, tp hampeh sbb kecepatan tahap cipan. Jadi 5 hari haku di KK tanpa update blog oke.

Where to eat?

Selama 5 hari breakfast kt hotel memang oke. Haku takde komplen. Hari pertama – lunch kt KFC airpot KK terminal 2 je. Mlm sementara tungu aDm smpi, haku belasah maggie mee yg haku bawak. Hari 2 – lunch kt KFC Kudat dan dinner beli maggie mee cup kt 7-eleven. Hari 3 – heavy breakfast kat hotel, haku try skip lunch masa kat Keningau (rumah anak sedara haku yg anak 9). Tp aDm kata lapar jam 2 ptg, jadi kami lunch nasi goreng kampong kt Tenom dan dinner sate kat pantai Sipitang. Hari 4 – lunch kat restoran atas bukit bandar Kota Belud (orang belanje, thanx to abg Tahir & co). Last day, haku lunch kt KFC Airport jugak.

How to get there?

Masa smpi kat KK airport terminal 2, haku dh tanye kete sewa kat dlm airport tu. Myvi auto kalo 5 hari dpt diskaun RM140. Haku tak terus sewa, haku check kt blog orglen, dn dpt tau abg Edi ni ade kete sewa. Nmpk mcm murah, org blog tu ckp kete Wira RM100 je. Bila haku tanye kete murah auto (sbb lutut haku masih sakit tuhan sj yg tau), abg Edi bilang cikBibah auto RM120. Haku pon kata oke.

Hari ke-5 haku pakai cikBibah mmg takde masalah apa2. Isi minyak RM50 (Shell KK), RM30 (Petronas Kudat), RM30 (Shell Tambunan), jumlah RM110 utk 5 hari mmg save. Cuma cikBibah hitam legam, kecik sempit, kalo jalan jauh mmg leh kecot telo oke. Tp pd haku yg penting, cikBibah mmg reliable dan selamat bawa haku jalan2. Dan cikBibah ade pickup oke, leh potong lori balak yg terhenggot2 tu. *Senyum.

Is there a free parking at LCCT?

Sblom haku gi Sabah, haku dah check kt tenet bahh. Memang ada parking free (dan siap signboard lagik) sblom smpi ke LCCT parking place. Org kata, kat Hospital Pusrawi depan Tunes hotel. Sblom ni masa haku gi Bali, haku park kat dlm LCCT parking selama 4 hari 3 malam kena RM145. Kelmarin, haku park 5 hari 4 malam kena RM158.

Tapi haku nk cerr skit kejadian yg tak diingini masa haku nak amek cikputih yg kena ujan panas selama 5 hari tu. Kuar je dr arrival hall, masa haku nk bayar parking, mesin tiket parking rosaklah pulak. Haku jolok tiket, kena tendang balik. Haku tukar2 atas bawah pon sama – kena tendang. Abg bakang haku pon sama, tp dia punye problem bukan tiket yg kena tendang, tp duit RM50 dia. Bila try mesin yg satu lagi kt nun ujung sana, tiket haku pon kena tendang jugak. Tp abg bakang haku sibbaik leh terima duit dia. Bila tanye awek cun kt receptionist yg agak jauh kedalam bangunan, soh haku gi pondok parking masa nak kuar pulak. Bila haku nak kuar dan komplen kat mamat yg jaga pondok (ofis) parking tu bilang kad tiket haku barcode dia dah hilang. Jadi dipendekkan citer, mamat bagi tiket baru dan bayar kat situ jugak. Mamat tu jugak bgtau parking kt situ harganye RM35 satu hari (pas 24 jam).

Bila haku kuar ondway ke hiway, memang banyak kete parking tepi longkang jalan. Free parking lah tu. Risiko tanggung sendiri oke. Tepuk dada tanye selera.

Itu saje bahh.

SUNGAI MENGKABONG SUNRISE

Kelmarin masa haku jenjalan ke KB limpas Likas dan UMS (Universiti Malaysia Sabah), haku dah dibgtau ramai photographer pepagi tangkap sunrise kat jambatan Sungai Mengkabong.

Semalam pagi (Ahad 5hb June oke), haku bangun awal jam 4.30. Pas solat Subuh di hotel, haku dan aDm sudah bekejaran dgn cikBibah ke jambatan Sungai Mengkabong seawal jam 5 lagik. Bila tiba jam 5.32am, memang blom ade orang lagik disitu.

Pemandangan sunrise yg amat chantek juger. SubhanaAllah.

Dan jam 6.13am, haku dah bekejaran semula ke airport KK sbb flight aDm pd jam 8 pagi.

Postnote: I just added this HDR picture of the Sungai Mengkabong Sunrise.

Postnote 2: This is not Jambatan Sungai Dinding Bridge.

JALAN JALAN DI BAWAH BAYU: THE LAST DAY

Semalam (Ahad) adalah hari terakhir perjalanan haku di KK kali nih.

Selepas hantar aDm kat airport, haku balik semula ke hotel dan breakfast. Pas check-out, haku cuci cikBibah yg sudah berlumut sbb jalan jauh.

Pastu, haku gi Sutera Harbour Resort.

Haku pulangkan cikBibah kat pakcik dia kul 5 petang. Flight haku ke LCCT Sepang jam 7 mlm.

Itu saje cerr haku jalan-jalan gi Sabah bahh. Terimakasih kerana sudi singgah2 jenguk2 komen2 blog haku yg ini. Walopown haku memang sengaje melambat-tayangkan (baca back-dated) entri seminggu lamanye.

KK – KOTA BELUD – KOKOL HILLS

JALAN JALAN DI BAWAH BAYU: DAY FOUR

Semalam (Sabtu) haku rehatkan cikBibah yg sudah berjalan jauh. Tunggu kawan dari Likas yg datang dengan keluarganye dan bawa haku jalan2 naik alphard yg besar gedabak oke.

Kul 10 something, kami dah smpi Kota Belud, atau KB orang sini bilang bahh. Tiadalah yg menarik sangat di bandar KB nih.

Pastu kami terus tuju sekitar kawasan luar bandar KB. Amek gambo sawah padi, tp awan tebal masih menutupi atas Gunung Kinabalu tuh.

Dek kerana kesuntukan masa, hajat kami nak ke Jambatan Gantung Tamparulli terpaksa dibatalkan.

Dipendekkan cerr, sblom senja, kami dah sampi di Kasih Sayang Resort, di kawasan pinggiran gunung (Kokol Hills) yg pemandangannye cantik juge. Yg uniknye, di sebelah barat leh tengok sunset diatas bandaraya KK. Dan disebelah timurnye leh tengok sunrise diatas Gunung Kinabalu.

Nota. Entri nih haku terpaksa pakai photoscape sbb laptop Acer Aspire yg haku dah pakai selama 6 tahun dah kaput. Sori sbb gambo2 haku kurang adjust dan nmpk kelam jer.

GRAFFITI RUINS

Jalan-jalan Di Bawah Bayu: Day Four Part I

Semalam memang plan nak gi lagik ke Kota Belud. Sbb kelmarin masa haku pegi ke Kudat, haku limpas KB dan tengok banyknye pemandangan sawah padi yg cantik berlatarbakangkan Gunung Kinabalu.

Tapi pagi2 tu sementara tunggu kawan dari Likas, haku dan aDm sudah jalan2 amek gambo kat Grafitti Ruins, sebelah shopping center Suria Sabah.

Bersambung..

KENINGAU – TENOM – TOMANI – SIPITANG – BEAUFORT – KK

Jalan-jalan Di Bawah Bayu: Day Three Part II

KK – Tambunan – Keningau – Tenom – Tomani – Sipitang – Beaufort – KK

Dari Keningau, haku dh plan nak tangkap gambo sunset kt Kuala Penyu. Jln shortcut ke Kimanis mmg tak sesowai utk cikBibah. Jadik haku ikut Sipitang. Alang2 smpi Sipitang, haku singgah kt Klinik pakcik aDm (baca abang mQ) oke. Tp dorang sumer balik kampong kt rumah panjang beraya gawai dayak.

Pas haku kira campur tolak, plan nak ke Kuala Penyu terpaksa kensel. Haku tunggu senja dan tangkap sunset kat jeti Sipitang jak. Not bad juger.

Dlm perjalanan ke Sipitang, haku singgah di Tenom. Makan tengahari di Restoran AsiaRasa sbb aDm dah bilang lapar. Makan breakfast jak dari hotel pagi tadik. Haku order nasi goreng kampung dan teh o panas satu. aDm pon order sama.

Sampai di Tenom jam dah pukul 5 petang. Haku singgah di masjid Sipitang.

Pas penat amek gambo sunset dan pekena mee rojak dan sate daging (satu ayam takdok pulak), haku teruskan perjalanan ke KK. Memang 6 jam dari Keningau (Keningau ke Sipitang 3 jam, Sipitang ke KK 3 jam juger).

Yg penting, perjalanan alhamdulillah selamat.

Pascanota. Gambar2 pemandangan pekan Sipitang ada disini. Hotel Sipitang, Sate Sipitang, Esplanade Sipitang tiada disini.