Category: Selangor

BROGA

SEMPADAN NEGERI SELANGOR / NEGERI SEMBILAN

Sementara menunggu anak dara penulis mendengar taklimat ringkas di kolej bahasa Jepunnya, penulis sempat berlari-larian ke pekan kecil Broga yg terletak di sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

Nota. Penulis pernah memanjat Bukit Broga dua kali. Yg pertama penulis berkejaran untuk menangkap sunsite sunset. Yg kedua pula penulis sempat sampai ke puncaknya untuk menangkap dan menikmati keindahan sunrice sunrise.

Nota lagi. Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga. Beroga juga dikatakan berasal dari kata Buragas, iaitu rasaksa yang sangat besar dan ganas, hidup di dalam tanah, sesekali keluar mandi di kawasan air terjun. Tanda-tanda Buragas akan keluar ialah apabila hujan panas pada waktu tengah hari. Ketika itu pasti ada darah tumpah akibat pertarungan antara dua jejaka. Buragas akan keluar mencari dua jejaka tersebut dan memusnahkan kedua-duanya serta kampung halaman.

Alahai.

Sungai Broga
LADANG GETAH BANYAK NYAMUK, BROGA
MOTOR BURUK APEK
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kampong Baru Broga atau nama ringkasnya SJK(C) Kg Baru Broga, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Kampong Baru Broga.
BUKIT BROGA I CLIMBED TWICE
PUCUK UBI
my red ‘MELBOURNE’ cap
while you are in deep sleep

TIDUR ITU LEBIH BAIK DARI MEN’YUNRISE’

AMPANG HILIR LAKE GARDEN

Kadang-kadang penulis rasa malas hendak mengemudi kenderaan ke tempat yg jauh hanya untuk menangkap cahaya terbit matahari.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, penulis rasa pun sempat untuk menikmati keindahan terbitnya matahari diwaktu pagi yg nyaman. Walaupun gambar-gambar yg penulis tangkap tidaklah se’nais’ mana.

[+ 24/12/2010 – A new gear set on Ampang Lake ]
[+ 8/1/2011 – 8/365 ]

Alahai.

TAMAN TASIK AMPANG HILIR

TAMAN TASIK AMPANG HILIR THIS MORNING

MINOLTA X-300, SA-PULOH HINGGIT


↑ I found my first DSLR – a Minolta X300, Flea Market, Amcorp Mall, Petaling Jaya

Semalam Sabtu petang me singgah sebentar di pasar barang2 antik di PJ. Sambil tanya2 kalo2 ada orang nak beli koleksi stem lama yg me simpan. Tapi sekejap saja sbb kena bkejar2an ke PWTC amek anak wedok pulak.

Wang kertas Malaysia Sa-Puloh Ringgit dibawah ditawarkan dgn harga RM220. Manakala kamera Minolta X-300 diatas ditawarkan dgn harga RM390.

Alahai.


↑ Sa-Puloh Ringgit, Flea Market, Amcorp Mall, Petaling Jaya

MAJUK 2 MENET

↑ Setia City Mall lake

Setia Alam. Bukan Seri Alam. Ada tasik untuk tangkap gambiran sunset yg menarik juga.

Goyang mouse. Bukan goyang inul. Harhar2, kekadang kita (me) kena berfikiran diluar kotak juga. Baper kali nak ulang ‘juga’ naa.

Alahai.