JB ARTS FESTIVAL

THE YELLOW T-SHIRT, BUKIT TIMBALAN, JOHOR BAHRU. 2012.

Sabtu petang penulis sudah berlari-larian ke Bukit Timbalan menyaksikan beberapa pertunjukan gendang dan budak-budak remaja bermain papan gelungsor. Ini adalah pesta seni JB ke sembilan.

Kali terakhir penulis bergambiran dengan aBo di bangunan tua ini ialah pada tahun lepas ketika dihalau keluar oleh petugas disitu. [+ No photography here part I ]

[+ 9th JB Arts Festival 2012 ]

Alahai.

ABO AND YAASIR, BUKIT TIMBALAN, JOHOR BAHRU. 2012.
THE DRUMMERS, BUKIT TIMBALAN, JOHOR BAHRU. 2012.
SKATE-BOARD KIDS, BUKIT TIMBALAN, JOHOR BAHRU. 2012.
ABO AND YAASIR, BUKIT TIMBALAN, JOHOR BAHRU. 2012.
ABO AND YAASIR, BUKIT TIMBALAN, JOHOR BAHRU. 2012.
BUKIT TIMBALAN, JOHOR BAHRU. 2012.
ABO, BUKIT TIMBALAN, JOHOR BAHRU. 2012.
YAASIR AND NIPPON KIDS WITH THEIR GAMEBOYS, BUKIT TIMBALAN, JOHOR BAHRU. 2012.
WADAIKO SYO, BUKIT TIMBALAN, JOHOR BAHRU. 2012.
WADAIKO SYO, BUKIT TIMBALAN, JOHOR BAHRU. 2012.
Advertisements

DOES THE SUN SET AT THE SAME LOCATION EVERY DAY?

Near Ampang Lookout Point

Ada rakan penulis menyuruh penulis menangkap gambiran sunset dari Bukit Ampang berdekatan Menara Tinjau yg sudah ditutup itu untuk menyaksikan matahari terbenam dicelah-celah Menara Kembar KLCC. Tetapi penulis tidak percaya kerana penulis melihat sendiri dari beranda rumah merpati penulis yg itu matahari tidak akan terbenam ditempat yg sama setiap hari sepanjang tahun. [+ eHow ]

Ditambah dengan awan yg tebal di ufuk barat, lebih baiklah penulis pergi ke Ampang Point menjamu selera Nasi Goreng Ayam Linda Onn yg sedap itu.

Nota. Walaupun kebiruan langit itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi masih dapat ditangkap dengan kamera muhrahan cap aiYam juga. Kenapa? Tidak percaya?

Alahai.

Ampang Point During Blue Hour

SENARAI LAGU KARAOKE YG EN_ME SUKA (DENGAR)

JINBARA – CINTA PANTAI MERDEKA

Sebenarnya sudah lama penulis ingin memuatturun lagu-lagu mp3 dari laman web. Dan semalam baru penulis berjaya melakukannya. Dan penulis sudah bersedia untuk menyalin lagu-lagu karaoke itu ke dalam pemain mp3 untuk didengar didalam kereta penulis yg itu.

| Cinta Pantai Merdeka (Jinbara) | Mengusung Rindu (Spin) | Janji Manis Mu (Aishah) | Akulah Kekasih Mu (Axl) | Andai Dapat Ku Undur Masa (Axl) | Robek Hati Ku (Mas Idayu) | Mas Joko (Helvy Maryand) | Suara Semalam (Ella) | Kopi Dangdut (Fahmy Sahab) | Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal (Fotograf) | Suara Ku Berharap (Hijau Daun) | Sendiri (May) | Cinta Kain Putih (Putra) | Teringin (Shima) | Rindu Serindu-rindunya (Spoon) | Lepaskanmu kerana Terpaksa (Ukays) | Disana Menanti Disini Menunggu (Ukays) | Putus Terpaksa (Ziana Zain) |

Nota. Penulis juga baru tahu yg penyanyi Along Spin Spoon telah mati dibunuh manakala penyanyi Achik Spoon Spin meninggal dunia kerana kemalangan kereta. Dan penyanyi Amir Ukays pun pernah kemalangan jalanraya tetapi tidak meninggal dunia. Begitupun salah seorang anak kembar Amir Ukays meninggal dunia disebabkan komplikated komplikasi jantung, bukan kerana kemalangan jalanraya ya.

Alahai.

JALAN DORAISAMY

ME, JALAN DORAISAMY, KUALA LUMPUR, 2012.

Malam kelmarin sempat lagi penulis berlarian ke Jalan Doraisamy itu. Ada rakan penulis berkata sup daging tepi longkang dorang memey sedap selain Brickfields, Klang dan Pelita yg mana kesemua tempat itu penulis belum mencuba lagi.

Alahai.

SAIGON KUALA LUMPUR, JALAN DORAISAMY. 2012.
OFF JALAN DORAISAMY, KUALA LUMPUR. 2012.
JALAN DORAISAMY, KUALA LUMPUR. 2012.
SEATING ARRANGEMENT, JALAN DORAISAMY, KUALA LUMPUR. 2012.

SNOW WASH, ROJAK MEE PASEMBOR

SNOW WASHING MY SCOOTER, KAMPUNG BARU. 2012.

Penulis sudah lama mahu mencuci skuter kesayangan penulis intan payung itu. Selalunya asyik tertangguh saja disebabkan kesibukan (sangat) penulis sepanjang hari dan sepanjang minggu.

Semalam penulis sudah singgah di tempat cuci kereta mandian salji di Kampung Baru. Sepelaung saja jaraknya dari Bukit Tokio.

Sementara menunggu skuter penulis dimandikan, sempat lagi penulis memanjat anak tangga menjamu selera rojak mee Pasembor di warung atas busut itu.

Alahai.

Rojak Mee Pasembor, Kampung Baru, KL