SMOOTH AS SILK

KANSAI PAINT CATALOGUE

Isteri penulis sudah lama membebel-bebel menyuruh penulis mencari pengecat rumah untuk mengecat dinding dalam rumah yg sudah usai warnanya dan juga yg diconteng dengan cantik oleh si Yaasir sejak dia mula pandai melukis. Tetapi sekarang Yaasir pun sudah besar dan sudah malas hendak menconteng dinding-dinding bilik dan tangga rumah sejak Yaasir sudah ada iPad.

Kelmarin apek tukang cat sudah memulai mengecat rumah. Bukannya tiada bapak-bapak Indon yg boleh mengecat rumah, tapi ramai masih belum balik dari kampung sempena cuti lebaran yg panjang kelmarin. Bukannya penulis tidak mahu tunggu, tapi isteri penulis sudah berguling-guling menarik-narik rambut menyuruh mengecat rumah dengan segera sementara anak lanang penulis masih ada dirumah sebelum berangkat ke seberang lautan. Setakat ini penulis berpuashati juga dengan cara apek itu membuat kerja-kerja mengecat dengan teliti.

Alahai.

KAHWIN JE LAH DENGAN TIMUN

OUT OF FOCUS, BUKIT BINTANG MONORAIL STATION, KL. 2012.

Tiba-tiba saja penulis hendak menulis seperti ini, ‘kalau tidak mahu dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.’

Chopp. Penulis juga mahu menulis seperti ini juga, ‘kalau tidak mahu hidup komplikated bila berumahtangga, kahwin saja dengan timun, atau pisang, atau lesung batu.’ Kahh.

Alahai.

7 PERHENTIAN: AKU TAK SUKA NAIK TREN

1. Midnight at Ampang Park LRT Station, Kuala Lumpur. 2012.

Semalam penulis sudah menaiki tren LRT dari Ampang Park ke Kelana Jaya. Seorang diri matcham biasa lah.

Alahai.

2. Kampung Baru LRT Station, Kuala Lumpur. 2012.
3. Dang Wangi LRT Station, Kuala Lumpur. 2012.
4. Masjid Jamek LRT Station, Kuala Lumpur. 2012.
5. Pasar Seni LRT Station, Kuala Lumpur. 2012.
6. Mid Valley
7. Kelana Jaya LRT Station, Kuala Lumpur. 2012.

AYAH PIN

KELUARGA AYAH PIN, BANK ISLAM, SENAI AIRPORT

Semalam tengahari penulis sudah hantar anak lanang penulis ke lapanganterbang itu.

Dan sempatlah juga anak lanang penulis membeli 3 ketul burger di restoran Burger King di hentian Petronas Skudai walaupun dibuka lambat satu jam dari waktu yg dipaparkan dalam laman web mereka. Tak baik tipu, berdosa tau!

Pascanota. Anak lanang penulis memey sudah habis menjalani latihan industrinya di syarikat tempat penulis bekerja ini selama 10 minggu pada minggu lepas. Dan beliau akan menghabiskan pembelajarannya di Kota Samarahan yg itu untuk tinggal setahun lagi. InsyaAllah.

Alahai.

ADM, BON VOYAGE AND STUDY HARD MY BOY