Search Results for: bali

MELAYU KLASIK

melayu klasik in Plaza Angsana

Minggu lepas bila penulis tiba di Plaza Angsana, penulis melihat tempat parkir kereta sudah penuh hingga ke tingkat paling atas. Mulanya penulis hendak memarkir kereta di kawasan luaran saja, tapi terasa malas pula hendak berjalan kaki masuk ke tempat membeli-belah itu.

Tapi semalam, penulis sudah tiba lebih awal. Walaupun tempat parkir sudah banyak dipenuhi, penulis terpaksa akur memarkir kereta ditingkat paling atas iaitu tingkat lima.

Penulis tidaklah membeli apa-apa sangat kecuali beberapa jenis kuih-kuih raya dan serunding ayam saja.

Dan semasa hendak balik, penulis melihat tempat parkir sudah pun dipenuhi sehinggala ke tingkat paling atas dimana penulis memarkir kereta. Dan ada beberapa buah kereta sudah pun menunggu untuk mengambil tempat parkir penulis juga.

Alahai.

a castle guard
yaasir in Angsana Plaza

MENCARI GADIS BUNGA YG HOT


1. Welcome to the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur.

Petang Sabtu semalam me kan kena pergi lapanganterbang LCCT itu dan ambil bibik yg pulang bercuti sebulan di kampungnya.

Pagi jam 10 sempat lagi terjah kebun orkid dan kebun bunga raya, tembak-tembak bunga sampai tengahari yg panas dan terik. (41 Photos Total)

Masa balik ingat nak singgah Memorial Tun Razak, tapi aDm bilang, ‘dah hauslah bah’.

Alahai.


2. White Orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


3. Pink orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


4. Orange Tulip Ginger (Costus curvibracteatus) in the at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


5. Yellow Arachnis orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


6. White orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


7. Yellow orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


8. Cat’s Whisker (Orthosiphon Aristatus) flower at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


9. Little orchid flowers at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


10. Phalaenopsis Cornu Cervi at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


11. Red orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


12. type of Tiger orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


13. Phalaenopsis bellina var. Phaik Khuan orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


14. orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


15. red orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


16. Arundina Graminifolia (Bamboo Orchids) at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


17. different type of orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


18. Yellow orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


19. Red orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


20. Red Aranda orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


21. Pool rockscape at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


22. Green needle leaves in the morning at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


23. Cat’s whisker flower (Orthosiphon Aristatus) at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


24. Pink orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


25. A lonely pink water lily in a pool at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


26. Tiger stripe Arachnis Maroon Maggie orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


27. Pink Aranda orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


28. Ascocenda pink orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


29. Renanthera Kalsom orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


30. Brunfelsia calycina, the common name of Yesterday-Today-and Tomorrow comes from the quick change in the flower colors from purple to lavender to white. Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


31. Bauhinia kockiana (Ketup-ketup) flowers in the Hibiscus Garden & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


32. White bougainvillea ‘Apple Blossom’ flowers bloom at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


33. A red hibiscus schizopetalus ‘Pagoda’ double flower at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


34. The sky-blue flowers, of Thunbergia grandiflora Alba at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


35. White and red Flamingo Lily (Anthurium Andraeanum) or Painter’s Palette flowers at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


36. Ixora flower at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


37. Red orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


38. Gandarusa (Justicia gendarussa ‘Variegata’) grown in the open at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


39. Arundina Graminifolia (Bamboo Orchids) at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).


40. Pink Vanda orchids at the Hibiscus & Orchids Garden, Kuala Lumpur (2012).

41. gadisBunga and Me

BACKUP

years of external hardisks

Sejak guna kamera dslr beberapa tahun yg sudah, simpanan gambar-gambar dalam hardisk me pun makin bertambah. Me pastikan ada 2 hardisk me gunakan dalam sesuatu masa. Yg satu lagi untuk simpanan.

Dalam banyak-banyak hardisk yg me guna, me suka hardisk jenama WD (Western Digital) sebab ada password. Tapi hardisk WD yg mula-mula me pakai sudah tidak boleh dikesan pula oleh mana-mana komputer peribadi. Lampunya saja yg menyala. Bila me hantar ke pusat servis termasuk yg ada di Lowyat pun ramai yg tidak berani baiki. Ada satu kedai minta RM1,800 untuk menjumpai kembali isi perut hardisk itu.

Pascanota. Malas nak buat entri baru. Cuma nak cerita gambar diatas adalah dari kamera dslr Nikon D7000 me yg hampir dua tahun usianya. Gambar itu yg me tangkap malam tadi adalah yg ke 79,719. [Check Shutter Count.com ] Exif datanya adalah f/1.8, 1/80 sec, ISO 400, 50mm focal length.

Alahai.

ON JALAN TUN RAZAK YESTERDAY

YESTERDAY 5.19PM ON JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR, 15 MINUTES BEFORE I INJECTED MYSELF INTO THE TRAFFIC BLOOD VEINS

Petang jumaat semalam, me balik kerja lambat sikit. Sebenarnya tak macam selalu. Selalunya kan me balik awal.

Keadaan di simpang empat Ampang Park memang bercelaru. Sesak bontot ke bontot. Dekat satu jam baru limpas terowong Smart lah sangat itu.

Alahai.

OUR PM PEGANG DUIT KERTAS BARU RM20

new bank notes of twenty ringgit (2012)

Kelmarin me kan sudah tukar duit kertas siri terbaru 2012. Tetapi me cuma tukar duit RM1, RM5 dan RM10. Bila balik rumah semalam, tetiba me rasa teringin juga nak tukar duit kertas baru RM20 yg diperkenalkan semula. Duit siri baru RM50 dan RM100 boleh tunggu.

Jadi pagi tadi, me sudah suruh anak lanang pergi bank di Ampang Park itu.

Dipendekkan cerita, hari ini me sudah pun dapat tengok dan pegang duit baru RM20. Tapi duit baru RM1 kehabisan stok pula. Kena tunggu minggu depan kata anak lanang. Sebenarnya PM DS Najib sudah pun lama dapat pegang duit kertas baru RM20. [+ sharinginfoz ]

Untuk pengetahuan terutama yang lahir selepas tahun 1995 dan yg masalah ingatan jangka pendek, wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan pada tahun 1982 dan dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Nota. Utk kengkawan yg terlupa atau masih tidak tahu maksud anak lanang yg me sudah sebut2 tempohari sila klik di SINI ya. [+ Wedok vs Lanang ]

Alahai.

my new twenty ringgit

TOKAK PUN MASUK LONGKANG

Tokak is number 16

Ada dua kemalangan masa balik dari Taman Dinosaur Masai itu. Dengan keadaan yg basah dan licin selepas hujan lebat di Masai akhir-akhir ini.

Satu kereta Persona terbabas masuk longkang. Bila tanya, pemandu yg cedera ditangan kata langgar air bertakung tepi jalan.

Satu lagi kereta kancil putih (JJJ) langgar pokok. Me tak jadi nak tangkap gambar sebab polis-polis muda dah kerumun keliling kancil itu.

Alahai.

the Persona on the ditch

KARANGAN AKU SEBUAH KIJANG

↑ my well-behaved van by the Sungai Johor this morning

Aku merupakan sebuah van yang diberi nama Toyota Unser (1.8 GLi Automatic). Kalau di Indonesia aku dipanggil Kijang. Kalau kijang di Malaysia adalah seekor binatang yg dipanggil rusa pula. Kalau di Jepun aku tidak tahu pula dipanggil apa. Aku telah dihasilkan di salah sebuah syarikat kereta di Shah Alam, iaitu Syarikat Toyota. Badanku berwarna merah tua.

Aku telah dihantar ke salah sebuah kedai di Ampang Point bersama-sama dengan sepuluh buah rakanku yg lain untuk dijual. Antara kami, akulah yg tercantik dan termahal kerana badanku dihiasi dengan pelbagai aksesori yg canggih dan terkini.

Setelah sebulan berada di kedai itu, maka datanglah seorang lelaki untuk membeli kereta. Setelah melihat-lihat kereta yang ada situ, akhirnya lelaki itu telah memilihku. Lelaki itu berpuas hati dan ingin membeliku walaupun hargaku mahal.

“Biarlah alah membeli tetapi menang memakai,” kata lelaki itu.

Aku dapat tahu bahawa bakal tuan aku itu merupakan seorang lelaki yg biasa-biasa sahaja yg tiada apa-apa istimewanya. Aku amat bangga bila mendapat tahu bahawa lelaki itu mempunyai ahli keluarga yg agak besar (seperti kebanyakan orang-orang Jawa) dan akan digunakan dihujung minggu sahaja.

Lelaki itu menggunakan aku dengan cermat sekali. Dia akan memandikan aku sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Dia juga akan sentiasa memastikan angota-angota badanku berada dan dapat berfungsi dengan baik. Jika keadaan sebaliknya berlaku, dia cepat-cepat membawaku ke bengkel untuk dirawat.

Masa begitu pantas berlalu. Dalam diam, rupa-rupanya aku telah berkhidmat kepada tuan aku hampir 10 tahun. Usiaku semakin tua dan badanku juga terasa lemah-lemah.

Pada suatu pagi, tuan aku telah membawaku ke sebuah kedai kereta. Rupa-rupanya tuan aku ingin membeli sebuah kereta baharu, dan pada mulanya dia bercadang ingin tukar tambah aku dengan kereta baharu. Walaubagaimanapun akhirnya tuan aku memilih untuk membeli sahaja kereta otomatik yg paling murah untuk kegunaan hQ (baca his Queen). Aku tidak berasa cemburu, namun aku gembira kerana masih dapat berkhidmat dengan cemerlang kepada tuan aku. Sepanjang dia menggunakan aku, hanya sekali saja aku terlibat dalam kemalangan. Lagipun, kereta kancil otomatik yg baharu itu merupakan kereta keluaran tempatan Malaysia pula. Tapi tersangatlah tempatan, lelaki itu hendak minta diganti pengubah isyarat yg rosak di Perodua Taman Cendana Pasir Gudang pun kena tunggu barang-ganti dari Jepun juga. *Ketawa.

Kini, aku masih tinggal bersama rakan-rakan yang lain di rumah tuan aku itu. Aku sentiasa berdoa agar dapat memberi khidmat untuk beberapa tahun lagi kepada lelaki itu dan keluarganya.

Alahai.

↑ panorama view of Pulau Juling this morning from Kong Kong Fishing Village

↑ Pulau Juling sunrise