INSTAGRAMS INSIDE MCDONALD'S RESTAURANT, BANDAR SERI ALAM
Sebenarnya pembantu rumah penulis sudah lama beritahu bahawa beliau hendak pergi beraya ke rumah adiknya di Skudai. Hendak pergi pagi dan balik lewat petang. Penulis rasa pun tidak menjadi masalah.
Tapi bila penulis sudah bersedia keluar rumah pagi-pagi tadi, pembantu rumah kata adik beliau tidak dapat dihubungi. Semalamnya, adik beliau beritahu masih berada di Perak.
Dipendekkan cerita, penulis makan sarapan pagi di restoran makanan segera saja.
Kalau mengikut jadual, kapalterbang bibik mendarat jam 4.20 petang tadi. Tapi jam 4.11 petang, bibik sudah telefon kata kapalterbang sudah tiba.
Jam 4.33 petang, bibik sudah naik kereta. Belum sempat bertolak pulang ke Masai, bibik sudah menangis sebab kena bayar wang korupsi pegawai di Lapanganterbang Palembang. Pegawai minta dua juta setengah rupiah (RM1,000) untuk naik kapalterbang. Alasan mereka sebab bibik tiada kartu pekerjaan yg sah dari kerajaan Indon. Bibik cakap dia tiada bawa wang sebanyak itu. Bila di periksa dalam dompet bibik ada dua hatus hinggit dan diambil dengan selamba saja oleh mereka.
Bibik cerita lagi, masa penahanan tadi, dia bersama dua orang pembantu rumah yg lain. Mereka semua pun sama menangis-nangis juga. Sorang beri dua juta setengah rupiah, dan sorang lagi cuma beri sehatus hinggit saja. Me cakap bibik sabar je, memang sudah tiada rezeki begitu. Yg penting bibik sudah sampai dengan selamat di sini.
Semalam (1 Julai 2012) dah antor bibik balik kampung dia. Bibik nak cuti sebulan. Gara2 under-estimate berat bagasi, me kena tambah empat hatus hinggit sahaja. Terbaeklah Uncle Toni tuu.