Tag: CIKPUTIH

CIK PUTIH BUCUK

(360 PANO) MISFIRING CYLINDER NO. 2, DAMAGES TWC – IS ABOUT THE SPARK PLUG AND COIL

Baru beberapa minit yg lampau, penulis perasan yg cikgu DinasAldi sudah membuat entri bertajuk ‘Cik Putih Wangi‘. Penulis mengucapkan syabas kepada cikgu Dinas kerana tangkapan gambiran bunga melatinya yg cantik. Dan kebetulan juga, cik Fadz ada buat entri tentang chek puteh kuat merajuk cat nya.

Dan tiba-tiba penulis teringin juga mengemaskini keadaan kereta cikputih penulis yg semakin tua dan uzur.

Sejak dua menjak kebelakangan ini, cikputih makin kerap masuk keluar bengkel saja. Padahal penulis bukanlah hendak sangat menukar milik cikputih dengan kereta lain yg lebih anggun, lawa dan cun dan wangi. Belum masa lagi, fikir penulis.

Ooops. Penulis hampir terlupa. Beberapa bulan yg lepas, penulis sudah menguji pandu beberapa buah kereta mewah sambil membawa cikputih pula. [+ Finely crafted cars enthusiast ]

Alahai.

SAPPHIRE 8

SAPPHIRE 8, MASAI

Tadi malam, penulis tiba di Masai pun sudah hampir tengahmalam. Dengan keadaan kereta penulis yg terhenggot-henggot yg membuatkan hati penulis risau sepanjang perjalanan di lebuhraya itu. Penulis hendak memotong lori balak di lorong paling kiri pun teragak-agak sampai penulis kena berfikir tujuh lapan kali dan lapan lagi. Tapi penulis bersyukur juga, yg penting dapat tiba dirumah dan dapat berjumpa dengan kaum kerabat penulis dengan selamat.

Alahai.

AKU TAK SUKA NO PLAT WILAYAH

Everybody can buy luxury cars, but only somebody can buy single digit number (or get it free)
↑ Pantai Klebang, Melaka (circa Januari 2012)

Alhamdulillah. Kemaren matcha salesman perodua Jalan Bukit Belacan nak behibu2 hinggit (jumlah sebenar adalah rahsia) nak letak under table supaya nombor yg me nak tu gerenti dapat. Pakai org dlm katanye. Me kata oke je.

Semalam Jumaat pepagi matcha tu dah calling2 kata yg nombor WWW dah mula dijual. Dan sejam pastu, matcha konpem yg nombor WWW yg me booking tu dah konpem dapat. Tekejot berok me. Punyalah cepat sinkansen oke.

Nota. Harap2 nombor plat WWW yg me baru miliki itu tidak menjadi isu negara spt kes Sultan Johor yg berjaya membida plate nombor WWW 1 sebanyak RM520,000 ataupun kes Dato Seri Liow Tiong Lai yg dapat WWW 15 secara percuma tuu.

Alahai.

AKU TAK SUKA ASAM PEDAS

↑ Jalan Laksamana 2 

Ondway balik dari Jasin, me teringin pulak nak terai asam pedas melaka. Orang kata asam pedas kat sini sedap. Betul ke? Kahh.

Tapi di pekan Jasin memang tiada restoran asam pedas kan. Dari Jasin ke bandaraya pula memang agak panjang. Pencarian kedai Hajjah Mona asam pedas yg biasa-biasa aje tidaklah mencabar mana, sebab wakGarmin pun sudah kenal.

Tapi taklah sehebat asam pedas Terangkat (Desa Pandan). Dan asam pedas Buburia boleh tunggu.

Alahai.

↑ we are the only customers