Setelah berbincang dengan isteri penulis, walaupun berat terasa dihati, namun akhirnya penulis akur terpaksa melepaskan kereta-kereta besar itu hari ini.
Walaupun Toyota Unser sudah lebih 10 tahun usianya, namun penulis merasakan baru kelmarin saja memiliki Honda CRV yg itu. [+ cik siarbi ! ]
Semalam selepas berbuka puasa dan solat maghrib, penulis pergi ke Plaza Low Yat, hendak mencari hardisk luaran yg baru. Keadaan jalanraya ke Jalan Bintang yg begitu lengang dan tidaklah semacet seperti hari-hari biasa. Penulis tiba di tempat parkir di tingkat bawah plaza mengikut jadual seperti yg dijangka.
Dipendekkan cerita, penulis membeli hardisk luaran jenama WD yg guna USB 3.0. Penulis juga telah membeli FM Modulator ber-USB untuk radio kereta dan soket multi-USB untuk komputer peribadi penulis yg digunakan di rumah penulis.
Sebelum penulis pulang ke rumah, penulis sempat lagi mengambil sekeping dua keping gambiran dari atas platform stesen monorel disitu. Beberapa minit sebelum penulis meninggalkan platform itu, tiba-tiba datang seorang bule yg tiba dengan bajunya penuh keringat dan tripod kamera yg juga mengambil gambiran dari situ.
Kalau tak dapat tengok orangnya, dapat tengok bumbung rumahnya pun jadilah kata orang tua dulu-dulu.
Begitulah juga dengan penulis, kalau tak dapat pergi tepi pantai menengok sunset, penulis dapat tengok dan jenguk luar tingkap dari rumah penulis sendiri pun rasa puas hati juga.