Tag: DUIT

OUR PM PEGANG DUIT KERTAS BARU RM20

new bank notes of twenty ringgit (2012)

Kelmarin me kan sudah tukar duit kertas siri terbaru 2012. Tetapi me cuma tukar duit RM1, RM5 dan RM10. Bila balik rumah semalam, tetiba me rasa teringin juga nak tukar duit kertas baru RM20 yg diperkenalkan semula. Duit siri baru RM50 dan RM100 boleh tunggu.

Jadi pagi tadi, me sudah suruh anak lanang pergi bank di Ampang Park itu.

Dipendekkan cerita, hari ini me sudah pun dapat tengok dan pegang duit baru RM20. Tapi duit baru RM1 kehabisan stok pula. Kena tunggu minggu depan kata anak lanang. Sebenarnya PM DS Najib sudah pun lama dapat pegang duit kertas baru RM20. [+ sharinginfoz ]

Untuk pengetahuan terutama yang lahir selepas tahun 1995 dan yg masalah ingatan jangka pendek, wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan pada tahun 1982 dan dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Nota. Utk kengkawan yg terlupa atau masih tidak tahu maksud anak lanang yg me sudah sebut2 tempohari sila klik di SINI ya. [+ Wedok vs Lanang ]

Alahai.

my new twenty ringgit

NEW BANK NOTES

One ringgit (USD0.30), no date with signature of Zeti Akhtar Aziz.

Semalam mQ dah bising-bising pasal stok duit sehinggit buat belanja sekolah kaum kerabat sudah hampir kehabisan.

Bila me pergi ke bank di Ampang Park itu, me lihat memang ramai orangramai sedang beratur juga. Adalah 5 orang. Kebetulan ada seorang kawan (sekerja tempat syarikat lama) pun tiba-tiba beratur belakang me. Nak tukar duit baru katanya. Barulah me perasan yg matawang siri baru sudah dikeluarkan kelmarin.

Dipendekkan cerita, bila me masuk bilik kaunter juruwang, rupanya cuma had sehatus hinggit untuk seorang pelanggan saja boleh ditukar pada hari itu. Bukan duit raya, kata kerani kaunter yg buat muka tarik tapi tetap jelita.

Alahai.