Tag: INDONESIA: BALI

HAKU NAK CERR SIKIT

Mungkin kengkawan penah tengok gambar Nizam kat atas sblom nih. Ya, antara gambo2 yg haku paparkan di hari ketiga di Bali tempohari. [+ Wisatawan di Bali: Day Three ]

Ada 2 sebab musabab haku ulangtayang gambo Nizam tengah solat diatas. Pertama, sbb Nizam dah amek dan jadikan headshot dalam FBnye. Kedua, sbb sifu photography kami (Mr Andrew Boey) memuji gambo tersebut dari aspek lighting. Walopon haku sendirik tengok ade kekurangan dlm gambo diatas.

Kekurangan yg haku nmpk ialah pada burning to outside landscape (luar pintu). Noise kat bakang Nizam dan sejadah sbb haku set ISO yg agak tinggi (ISO 1600) kerna keadaan yg terlalu gelap dlm surau (mushollah) tersebut. Haku tak guna flash atau tripod dan handheld je kamera D7000 yg besar gedabak.

Gambar RAW exposure normal settingnye adalah pd lens Sigma 18-250mm at 18mm focal length, f/6.3, 1/30sec dan ISO 1600, EV 0, -3, +3.

Background history. Sebenarnye ini adelah hari ketiga kami jalan2 photoshooting kat pulau Bali. Semalamnye, kami bersolat di mushollah di restoran orang Islam. Hari nih, pak supir dah bilang dia ingat takdok mushollah kat restoran orang Hindu. Dan dia kata lepas lunch kalo nak solat kena pegi masjid kat Danau Bratan. Tapi ntah camane Nizam dah riki2 dan tanye dan memang ade mushollah disitu. Masa kami siap2 nak amek wudhu, Nizam terlupe yg dia tak bawak kain solatnye. Jadik pinjam kain haku. Dan kat situ takdok tunjuk arah kiblat pulak. Sibbaik henfon cap ayam haku leh check arah kiblat kat Bali.

Mula2 haku memang tak plan nak amek shot dlm bilik musholla nih. Sbb takdok yg menariknye. Bangsal musholla yg simple dgn takdok kipas atau air-cond. Tapi haku peratikan pd dinding wall tikar mengkuangnye memang eksotik. Dgn keadaan dlm bilik yg agak gelap, bila Nizam mula bersolat, haku tembak dari arah bangku, kendian arah bakangnye. Haku juge berhati2 sbb haku guna HDR utk pastikan Nizam tak melakukan pergerakan keterlaluan dalam frame2 yg haku shot. Dan gambo diatas ialah gambo2 yg last frame sekali haku tangkap. Pelikkan, selalunye memang gitu, gambo yg last yg haku pilih.

Post processing. Haku combinekan ketiga2 gambo dgn Photomatix. Pastu haku transfer ke Photoshop untuk adjust exposure, saturation dan lain2 secukup rasa. Dan haku jadikan jpg file dan upload ke wordpress.

Sekian. Wallahualam.

I PROBABLY SHOULD PRIVATIZE THIS ENTRY

Someone told me they were upset because I still am not opening my comment box. Because they wanted to see more Bali’s pictures recently I visited.

Not like my trip to Melbourne last year, this Bali’s trip I didn’t receive anyone asking for souvenirs. Yep, because I purposely closed my comment box already, well, a very long long time ago.

I didn’t have the heart to post this entry. Really.

Souvenir shop, Lake Bratan, Bali
Nikon D7000, Sigma 18-250mm at 32mm, f/4.2, 1/25sec, ISO 1600

THIS IS WHAT I SAW DURING THE BODY MASSAGE

WISATAWAN DI BALI: DAY FOUR AND THE LAST DAY

Arini (Senin) last haku kat Bali. Sblom ke airport, massage satu bodi dulu. Adoiii.

Citer lain. Haku dah balik dari berwisatawan (melancong) di Bali Senin lepas. Banyak lagik gambo2 yg haku tak sempat nak edit dan upload kat blog fotolumayan yg inih. Ada 8,982 keping gambo termasuk RAW dan JPEG fines yg bersaiz 96 gigabytes. Gambar fasha sandha berbikini ada di blog orglen oke.

WISATAWAN DI BALI: DAY THREE

Sama mcm smlm pas suboh, haku gi tangkap gambar sunrise kat pantai bakang hotel. Tapi kalini haku dah gi kat hujung pantai dermaga konkrit tuk amek gambo awek2 jawa Mount Agung yg lebih dramatik.

Arini (Ahad hari ketiga) haku dibawa rombongan ke utara barat pulau. Melawat Tanah Lot, yg dipotong oleh hakisan pasang surut, angin dan hujan dan luar pantai batu batan gunung berapi yg unik. Tanah Lot ialah tempat pemandangan kuil-laut dari abad ke 16. Dengan persekitaran kuil meewarnai panorama sunset yg fantastik haku dapat nikmati pada waktu senja tadi.

Sebelum itu, haku dibawa ke kampung Mengwi yg terdapatnye kuil keluarga diraja abad 17, menikmati udara gunung yg fresh dan kecantikan Tasik Beratan dan kuil Ulun Danu yg menjadi hiasan dibakang uang rupiah 50 ribu.

Tidak kesampaian melawat Alas Kedaton yg terdapat monyet jinak katanye.

Makan lunch di kampung Pacung.

Makan dinner pula di restoran Bandung dengan jamuan nasik sunda. Esok dah nak balik wehh.

Lesson learned hari ketiga:

  • If you lost in crowded and confusing Tanah Lot, please wait at the Security Guard post.
  • Sometimes the best person to ask about the musholla is the restaurant staff, not our Hindu tour guide.
  • If you got the opportunity to shoot Babi Guling signs, just snap it with your phone camera.

[private: me next to cliffs of madness. ]

WISATAWAN DI BALI: DAY TWO

Pagi2 haku dah tercanguk tepi pantai Sanur bakang hotel tembak gambo sunrise. Tapi awan tebal tak dpt tangkap gambo mentari pulak.

Tempat pertama haku pegi pagi nih ialah ke Batu Bulan Village, tengok tarian Barong & Kris. Dapat bergambo dgn penari2 dibakang pentas.

Pastu kami terus ke bandar Ubud, singgah tengah jalan melawat kuil dalam perjalanan ke Saraswati. Disitu tak sempat nak tunggu Cock Fighting kul 2 petang pulak.

Singgah di Tegalalang amek gambo sawah padi dilereng bukit yg ijo dan cantik juger. Sibbaik takdok pacat uoolss.

Haku lunch kat restoran di Kintamani bersebelahan Mount Batur dan Danau Batur. Disebelahnye ade Mount Abang. Kat pintu masuk restoran ada penjaja terdesak dan mendesak macam biasa jual barang tourist musholla (surau) yg bersih.

Dari Kintamani terus ke Tampaksiring yg ada holy spring temple – tengok orang mandi (bukan telanjang oke). Kuil Thirta Empul yg dibina sejak abad ke 11.

Tak kesampaian melawat Goa Gajah di kampung Bedulu.

Balik dari Tampaksiring hari dah malam, jadi haku terus pulang ke hotel di Sanur. Itupun berenti makan malam di restoran Minang berdekatan situ.

Lesson learned hari kedua:

  • Tak bawak external flash haku (tertinggal dirumah hinggap) memang sesuatu yg amat mendukacitakan.
  • Tripod walopon dibawak dan dikendong selalu, tapi tak penah digunakan walopon pada cuaca gelap.
  • I need extra battery. Tapi arini ngam2 jer sampai kat tempat restoran minang battery pon kong.

WISATAWAN DI BALI: DAY ONE

Wilayah Persekutuan Putrajaya

Pagi2 semalam (Jumaat) pas Subuh sudah singgah di Putrajaya. Mencari spot yg baik utk tangkap gambo Masjid Besi semasa sunrise memang mencabar juge. Dengan takdok bau jalan utk parkir mobil dan terpakse parkir kat tanah yg becak pulak.

Dari LCCT Sepang, sampai Ngurah Rai Bali International Airport sudah petang. Bergegas ke hotel di Sanur, sempat masuk bilik hotel utk mandi dan solat. Bergegas ke Uluwatu nak tengok tarian kechak ketika sunset. Berkejar-kejaran dgn ramainye orangramai. Kebetulan arini (Jumaat) adalah hari Good Friday dan cuti umum di Indonesia, Singapore, Hong Kong dan sewaktu dengannye. Sibbaik sempat tangkap gambar sunset dan tengok tarian kechak dipenghujungnye.

Dari Uluwatu haku terus dibawa ke Jimbaran Restoran. Dalam perjalanan haku singgah di Pecatu Indah Resort – amek gambo patong monyet bersilat pulak. Dan di Jimbaran Restoran pon jalan macet macam biasa je. Makan dinner seafood. Ooops tambah fanta merah satu. Balik ke hotel haku terus download segala gambo2 dari memory card ke laptop. Tapi haku tau takleh nk update blog sbb internet takdok.

Lesson learned hari pertama.

  • Tak payah cepatkan jarum jam sbb waktu di Bali dgn waktu di Masai sama. Memang 3 jam penerbangan.
  • Kena isi borang ‘declaration’ masa nak masuk Bali oke.
  • Pastikan bawak power socket adaptor sbb tak sama power plug dgn negara seberang. Walopon power ratingnye sama. Tapi sibbaik hotel ada sediakan adaptor utk disewa.

Disclaimer: Kalo ader yg terase entri2 haku gi Bali ni nampak macam nak menunjuk2 haku mintak maap naa. Haku takdok niat pun nak berlagak ke ape. Just nak share citer jer. Boleh kan. Kalo tak suke, leh klik Button X kat atas kanan oke. Dan entri2 haku nih takdok kena mengena dengan blogger lain yg baru balik dari Bali juger. Kalo ader persamaan gambo2 dan citer2 anggaplah itu sebagai kebetulan saje. Ayat klise gitu.

[Private: me and three dancers ]