Tag: KUALA SELANGOR

KELIP KELIP KUSANGKA API

Kampung Kuantan, Sungai Selangor

Kelmarin petang lepas waktu bekerja, penulis sudah berlarian lagi ke Kuala Selangor. Sebenarnya sudah lama penulis teringin hendak pergi melihat kunang-kunang yg berkelipan di malam hari di Kampung Kuantan itu.

Kunang-kunang atau kelip-kelip (fireflies, Pteroplyx tener) adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang yg hanya hidup di pokok berembang (Sonnoretia Casealaris).

Penulis juga terjumpa petikan lagu nyanyian Malik Ridzuan, gubahan Ooi Eow Jin dan lirik oleh Habsah Hassan.

Kelip kelip ku sangkakan api
Sinar mentari membawa cahaya
Kau hilang ghaib sangkaku kau benci
Kiranya sengaja nak menduga

Alahai.

Advertisements

PANTAI JERAM, SETIA CITY MALL

Pantai Jeram

Kelmarin sore sebelum penulis pergi menyaksikan lampu kerlipan kunang-kunang di Kampung Kuantan, penulis sudah singgah di jeti tunggal Pantai Jeram.

Dan dari Kampung Kuantan, bila pulang, penulis sempat singgah juga di pusat beli belah Setia City Mall yg baru dibuka itu. Penulis menangkap gambiran pancuran air saja.

Alahai.

Setia City Mall