
Hari Malaysia semalam, penulis sudah berlarian dari Pagoh melimpasi Sungai Mati dan terus ke Jeti Merlimau. Tujuan larian penulis hanyalah berlari-lari saja sambil menjenguk tempat-tempat menarik.
Di Pagoh, penulis singgah menjamu selera di restoran Nasuha Herbs & Spices dengan memakan mee bandung berempah dan air teh berempah juga. Semasa disini, penulis baru tahu yg majlis perarakan Hari Malaysia diadakan di bandar Bintulu, Sarawak.
Dari restoran Nasuha, penulis meneruskan pelarian menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Shah, sultan Melaka yg ketujuh di Kampung Raja. Disitu penulis berjumpa dan berbual-bual seketika dengan guru silat dari Kepong katanya.
Seterusnya penulis berlarian juga ke Merlimau melawat rumah penghulu Demang Abdul Ghani (Penghulu Mat Natar) sebelum singgah di Jeti Merlimau.
Dan dalam perlarian itu, terjumpalah penulis juga dengan tangki air yg dihiasi dengan tengkolok ‘Solek Dendam Tak Sudah’.
Alahai.












