Tag: MASAI

I ♥ MASAI

I ♥ JOHOR | I ♥ CAMBODIA | SENAI INTERNATIONAL AIRPORT

Penulis ingin mengucapkan selamat tengah malam untuk orang-orang Masai dan untuk kawan-kawan penulis semua lah.

Alahai.

Advertisements

SAPPHIRE 8

SAPPHIRE 8, MASAI

Tadi malam, penulis tiba di Masai pun sudah hampir tengahmalam. Dengan keadaan kereta penulis yg terhenggot-henggot yg membuatkan hati penulis risau sepanjang perjalanan di lebuhraya itu. Penulis hendak memotong lori balak di lorong paling kiri pun teragak-agak sampai penulis kena berfikir tujuh lapan kali dan lapan lagi. Tapi penulis bersyukur juga, yg penting dapat tiba dirumah dan dapat berjumpa dengan kaum kerabat penulis dengan selamat.

Alahai.

MASAI SUNSET

LAST WEEKEND MASAI SUNSET

Kalau tak dapat tengok orangnya, dapat tengok bumbung rumahnya pun jadilah kata orang tua dulu-dulu.

Begitulah juga dengan penulis, kalau tak dapat pergi tepi pantai menengok sunset, penulis dapat tengok dan jenguk luar tingkap dari rumah penulis sendiri pun rasa puas hati juga.

Alahai.

03:33


↑  the City Express bus from Masai to KL

Dah setahun lebih me tak naek bas ekspres. Semalam dah naek dan bertolak kul 10.56mlm.

Bas berenti kat Taman Tun Aminah amek penumpang lain. Kul 1.23am dikejutkan dgn suara baby melalak menangis dan meraung2. Lamalah jugak sampi bapak sibaby tu bawak turun ke tingkat bawah. Baru leh terlelap balik.

Alahai.

AKU TAK SUKA GAMBAR SUNSET

↑ sunset at Tasik Seri Alam, last Sunday’s evening

Kekadang malas nak bekejar2an tangkap sunset tepi tasik.

Tapi kekadang tak sempat menyempat nak punggah memunggah turun barang2 groseri dari Tesco, dah bekejar2an jugak ke tasik.

Alahai.