Tag: RUMAH TRADISIONAL

7 PERHENTIAN: PAGOH KE MERLIMAU

1.1 Jintan Manis inside a jar. Nasuha Herbs & Spices Museum. Pagoh, Johor. 2012.

Hari Malaysia semalam, penulis sudah berlarian dari Pagoh melimpasi Sungai Mati dan terus ke Jeti Merlimau. Tujuan larian penulis hanyalah berlari-lari saja sambil menjenguk tempat-tempat menarik.

Di Pagoh, penulis singgah menjamu selera di restoran Nasuha Herbs & Spices dengan memakan mee bandung berempah dan air teh berempah juga. Semasa disini, penulis baru tahu yg majlis perarakan Hari Malaysia diadakan di bandar Bintulu, Sarawak.

Dari restoran Nasuha, penulis meneruskan pelarian menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Shah, sultan Melaka yg ketujuh di Kampung Raja. Disitu penulis berjumpa dan berbual-bual seketika dengan guru silat dari Kepong katanya.

Seterusnya penulis berlarian juga ke Merlimau melawat rumah penghulu Demang Abdul Ghani (Penghulu Mat Natar) sebelum singgah di Jeti Merlimau.

Dan dalam perlarian itu, terjumpalah penulis juga dengan tangki air yg dihiasi dengan tengkolok ‘Solek Dendam Tak Sudah’.

Alahai.

1.2 THE FOOT MASSAGES, NASUHA HERBS & SPICES, PAGOH, JOHOR. 2012.
2.1 Makam Sultan Alauddin Riayat Shah, Kampung Raja, Pagoh, Johor. 2012.
2.2 AQI IS READING THE GRAVE’S NOTES, PAGOH, JOHOR. 2012.
3. Sungai Mati Tank No. 1 and No. 2, Merlimau, Melaka. 2012.
4.1 Tengkolok, Tanjak or Destar as a Water Tank, Merlimau, Melaka. 2012.
4.2 Tengkolok Solek Dendam Tak Sudah, Merlimau, Melaka. 2012.
5.Lotus (Nelumbo nucifera), Sungai Rambai, Merlimau, Melaka. 2012.
6.1 aQi infront of Rumah Penghulu Abdul Ghani, Merlimau, Melaka. 2012.
6.2 Galeri Demang Abdul Ghani aka Penghulu Md Natar, Merlimau, Melaka. 2012.
6.3 Rumah Penghulu Abdul Ghani, Merlimau, Melaka. 2012.
6.4 Rumah Penghulu Abdul Ghani, Merlimau, Melaka. 2012.
7. Jeti Merlimau, Melaka. 2012.
Google roadmap, from Pagoh to Merlimau. 2012.

RUMAH PENGHULU ABDUL GHANI

Semalam petang (Jumaat) pas amek aTi kat asrama kolejnye di Jasin, haku terus terjah ke Merlimau. Tujuan utama nak tangkap gambo rumah penghulu Natar yg popular itu.

Rumah tradisional penghulu demang Abdul Ghani Abdul Majid atau sekarang dipanggil rumah penghulu Natar amatlah unik kerana kesenian campuran melayu, cina dan eropah.

Seperti muzium bugis di Pontian, tiadalah penjaga ketika haku sampi semalam. Jadi, haku masuk (bukak kasut) dan tangkap gambo dari luar, ke berandah dan ke loteng jugak. Cuma haku tak jenguk bangunan rumah dan penjara sementara di belakang.