Tag: SEPUTAR MALAYA

SEPUTAR MALAYA: DAY 4 STATE 10

PANTAI CINTA BERAHI AKA PANTAI CAHAYA BULAN, KELANTAN

Pagi-pagi Jumaat tadi selepas solat subuh, penulis kena bangun awal dan periksa keluar dari resort itu secepat mungkin untuk berlarian ke Teluk Cempedak pula.

Tetapi penulis sempat lagi bergambiran di tepi Pantai Cinta Berahi ketika matahari mula menunjukkan wajahnya di hujung horizon laut cina selatan.

Alahai.

HARD ROCK HOTEL, PULAU BANDING

Pulau Banding, Perak

Penulis bertolak dari Pulau Pinang sudah pukul 10 pagi tadi, bersarapan, singgah di sawah padi Baling, berehat makan tengahari di Pulau Banding dan teruskan perjalanan ke Jeli hinggalah ke Kota Bharu. Penulis tiba di Pantai Cinta Berahi walaupun sudah agak malam, tapi yg penting selamat. Alhamdulillah.

Esok (Jumaat) pagi-pagi penulis akan bertolak turun ke Pantai Teluk Cempedak pula.

Nota. Walaupun hari ini penulis dapat melalui 4 buah negeri, tetapi penulis hanya paparkan satu entri berkenaan negeri Kedah saja. Negeri-negeri Pulau Pinang dan Perak penulis sudah buat entri semalam. Dan negeri Kelantan penulis akan buat entri esok pula kalau tiada aral melintang. InsyaAllah.

Alahai.

Hard Rock Hotel, Penang

SEPUTAR MALAYA: DAY 3 STATE 9

Kampong Tok Harun, Baling, Kedah

Hari ini hari Khamis dan sudah hariraya yg kelima.

Pagi-pagi dari Pulau Pinang, selepas penulis membuat pemeriksaan keluar hotel dan bersarapan di restoran mamak, penulis terus keluar dari pulau dan menuju ke negeri Kelantan. Penulis sudah bercadang mengikut jalanraya dari pekan Gerik terus ke pekan Jeli dan akan melalui pulau Banding.

Hasrat penulis untuk ke Kampung Sedaka, Yan tidak kesampaian disebabkan penulis harus tiba di Pantai Cinta Berahi sebelum hari malam menjelang. Walaupun begitu, penulis sempat juga singgah di kawasan sawah padi yg menghijau sebelum tiba di pekan Baling.

Alahai.

SEPUTAR MALAYA: DAY 2 STATE 8

STATE NO. 8: PULAU PINANG

Perjalanan dari Kuala Kangsar (Perak) ke Penang dilebuhraya ditengahari yg panas terik memeylah meletihkan. Sempatlah juga penulis berhenti berehat di Hentian Rehat (lupalah pula dimana) dan melelapkan mata barang seminit dua sebelum meneruskan perjalanan ke Plaza Tol Feri Butterworth untuk menaiki feri buat pertama kalinya.

Penulis tiba di hotel itu di hujung senja selepas terhegeh-hegeh melayan keadaan kemacetan jalanraya di bandar Georgetown yg biasa-biasa saja.

Ditambah pula dengan hujan lebat yg tiba-tiba turun diwaktu malam, menambahkan duka hati penulis untuk menangkap gambar gitar besar itu pula.

Alahai.

HARD ROCK HOTEL, PENANG

Alahai.

SEPUTAR MALAYA: DAY 2 STATE 6

STATE NO. 6: KUALA LUMPUR FT

Hari ini hari Rabu dan hari keempat kita berhariraya. Alhamdulillah.

Penulis pagi-pagi lagi sudah bertolak ke ibukota dari rumah merpati penulis yg itu. Selepas bersarapan pagi, penulis bercadang meneruskan perjalanan ke utara tanahair. Tapi sebelum itu, penulis sudah berasak-asakan dengan pelancong-pelancong dari luar negara mengambil gambar Menara Berkembar KLCC juga.

Alahai.

SEPUTAR MALAYA: DAY 1 STATE 5

STATE NO. 5: PUTRAJAYA FT

Dari rumah merpati di Bukit Belacan, penulis berlarian ke Dataran Putrajaya bukanlah sesuatu yg mencabar sangat. Kak Jnulekasnova yg penulis pandu pun tidaklah meragam. Cuma penulis terkial-kial jugalah hendak mencari tempat makan malam disitu. Akhirnya penulis terpaksa ke pusat membeli belah Alamanda pada minit terakhir sebelum ianya ditutup.

Alhamdulillah. Secara keseluruhannya hari ini, penulis berjaya berlari-larian di lima buah negeri dalam masa satu hari. Dari pagi tadi, penulis bertolak dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Putrajaya. Esok penulis akan mulakan perjalanan ke utara pula. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan pengembaraan bersama kaum kerabat penulis ya Allah. Amin ya robbal alamin.

Alahai.