Tag: THINGS I HOLD

А. Коркунов | A. KORKUNOV

A. Korkunov – A Russian chocolate bar

Мой коллега по проектированию в PDMS, г-н Александр Уразаев, находившийся в Куала-Лумпур в течение двух недель и в эти выходные собирающийся обратно. Сегодня он неожиданно сделал мне подарок, плитку Российского шоколада в качестве сувенира. Я его премного поблагодарил.

Terjemahan. Rakan sekerja penulis dari Rusia, yg telah bertugas sementara disini selama 2 minggu, akan terbang pulang ke Rusia pada hujung minggu ini. Hari ini, tiba-tiba Alex memberikan penulis sekotak cokelat Rusia. Thank you, Alex.

Alahai.

ALEXANDER URAZEAV

OUR PM PEGANG DUIT KERTAS BARU RM20

new bank notes of twenty ringgit (2012)

Kelmarin me kan sudah tukar duit kertas siri terbaru 2012. Tetapi me cuma tukar duit RM1, RM5 dan RM10. Bila balik rumah semalam, tetiba me rasa teringin juga nak tukar duit kertas baru RM20 yg diperkenalkan semula. Duit siri baru RM50 dan RM100 boleh tunggu.

Jadi pagi tadi, me sudah suruh anak lanang pergi bank di Ampang Park itu.

Dipendekkan cerita, hari ini me sudah pun dapat tengok dan pegang duit baru RM20. Tapi duit baru RM1 kehabisan stok pula. Kena tunggu minggu depan kata anak lanang. Sebenarnya PM DS Najib sudah pun lama dapat pegang duit kertas baru RM20. [+ sharinginfoz ]

Untuk pengetahuan terutama yang lahir selepas tahun 1995 dan yg masalah ingatan jangka pendek, wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan pada tahun 1982 dan dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Nota. Utk kengkawan yg terlupa atau masih tidak tahu maksud anak lanang yg me sudah sebut2 tempohari sila klik di SINI ya. [+ Wedok vs Lanang ]

Alahai.

my new twenty ringgit

MINOLTA X-300, SA-PULOH HINGGIT


↑ I found my first DSLR – a Minolta X300, Flea Market, Amcorp Mall, Petaling Jaya

Semalam Sabtu petang me singgah sebentar di pasar barang2 antik di PJ. Sambil tanya2 kalo2 ada orang nak beli koleksi stem lama yg me simpan. Tapi sekejap saja sbb kena bkejar2an ke PWTC amek anak wedok pulak.

Wang kertas Malaysia Sa-Puloh Ringgit dibawah ditawarkan dgn harga RM220. Manakala kamera Minolta X-300 diatas ditawarkan dgn harga RM390.

Alahai.


↑ Sa-Puloh Ringgit, Flea Market, Amcorp Mall, Petaling Jaya

HATIKU KAU GURIS LUKA

↑ miserably just dropped my handphone yesterday

Semalam masa jalan2 nak beli mix-fruits, tetiba henpon me jatuh terhempas kat jalan ber-tar (bukan Jln Tunku Abdul Rahman yee ;-P ). Nampaknya terbang tiga empat hatus hinggit lah nampaknya.

Alahai.

A LESSON NEVER LEARNED

↑ I almost lost this swiss knife, Siem Reap International Airport, this morning

Walopon me dah buat lesson learned. Walopon dah penah kena amek pisau lipat swiss dulu masa nak kuar dari Bali Ngurah Rai International Airport. Pagi tadi pon terkena lagi.

Sibbaik, staff Air Asia Siem Reap bersedia bertungkuslumus kuarkan balik beg gedabak me utk me masukkan balik pisau lipat swiss itu. Kalo kat airport laen mungkin dah kem salam je lhoo. OTL

Tapi bila pk2 balik, yg me cuma guna selama ini ialah pisaunya saja.

Alahai.