Tag: UNHAPPILAH MACAM NI

KAHWIN JE LAH DENGAN TIMUN

OUT OF FOCUS, BUKIT BINTANG MONORAIL STATION, KL. 2012.

Tiba-tiba saja penulis hendak menulis seperti ini, ‘kalau tidak mahu dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.’

Chopp. Penulis juga mahu menulis seperti ini juga, ‘kalau tidak mahu hidup komplikated bila berumahtangga, kahwin saja dengan timun, atau pisang, atau lesung batu.’ Kahh.

Alahai.

Protected: SORRY, BLAME IT ON ME

Akon – Blame It On Me

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini seiring dengan semangat Ramadhan dan Syawal, penulis ingin memohon ampun dan maaf kepada para sahabat pembaca dan pengikut blog yg penulis Tidak Suka ini jika ada penulis tersalah tulis, terkasar sanggahan atau tidak menyiarkan sesetengah komen yang tidak berapa sesuai mahu pun terlepas siar komen yang tidak berapa molek.

Dengan ini, penulis ingin mengucapkan juga Selamat Hariraya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Alahai.

ADA MAKK AMEK KESAH?

An animation of the Leaning Tower of Teluk Anson.

Me memey (baca memang) sudah rancang hendak tangkap gambiran matahari terbenam di Kampung Sungai Haji Dorani itu petang tadi. Tapi bila terperangkap dalam kemacetan jalanraya di Jalan Semarak menuju lebuhraya Duke dan bila sampai di Plaza Tol Jalan Duta, dan ternampak awek LAWA bawa BLM, tiba-tiba saja me tukar fikiran. Nak ripit tangkap gambiran waktu malam Menara Condong Teluk Intan pun boleh juga.

Tahun lepas pun me pernah ke sini. [+ this is the reason why I came to Perak last weekend ] Nasib baik juga apek yg jaga menara itu sudah baiki lampu kalimantang di tingkat 3 dan 4 yg rosak dulu. *Ketawa.

Dipendekkan cerita, me sudah beli juadah mee hoon goreng di Hentian Rehat & Rawat Sungai Buloh dan berbuka puasa di Hentian Sebelah Ladang Bikam. Mamam atas bangku saja tapi.

Sampai di Plaza Tol Bidor (bayaran tol adalah RM17.60) pun hari sudah malam. Sempat tangkap sekeping dua keping gambiran di Menara Condong sebelum pulang ke Bukit Belacan.

Nota. Me memey nak buat protected entry dan letak password. Tapi rasa macam kurang asamboi saja kan. Kannns.

Pascanota. Ada kengkawan yg komplen pasal gambar animasi diatas tidak dapat ditonton dlm skrin monitor memasing. Me pun tidak tahu kenapa sebab kelmarin semasa me postkan tiada apa-apa masalah yg berlaku.

Alahai.

with half-moon on top of the tower.
green fluorescent lights with crescent moon of the night
RED LIGHTINGS
the tower entrance
THE WRITE-UP OF THE HISTORY
aDm
adm and me