
Semalam penulis sudah berlarian lagi ke Jaya Jusco Tebrau City. Kawasan tengah pusat membeli belah itu sedang direnovasi dan ditutup. Tapi penulis sempat lagi belikan bocah cilik (anak lanang) penulis mainan lego lagi.
Alahai.
Semalam penulis sudah berlarian lagi ke Jaya Jusco Tebrau City. Kawasan tengah pusat membeli belah itu sedang direnovasi dan ditutup. Tapi penulis sempat lagi belikan bocah cilik (anak lanang) penulis mainan lego lagi.
Alahai.
Sabtu petang penulis sudah berlari-larian ke Bukit Timbalan menyaksikan beberapa pertunjukan gendang dan budak-budak remaja bermain papan gelungsor. Ini adalah pesta seni JB ke sembilan.
Kali terakhir penulis bergambiran dengan aBo di bangunan tua ini ialah pada tahun lepas ketika dihalau keluar oleh petugas disitu. [+ No photography here part I ]
[+ 9th JB Arts Festival 2012 ]
Alahai.
Sebenarnya penulis sudah lama dapat memuatturun cerita wayang The Expendables yg pertama. Tapi penulis tiadalah masa (sangat) hendak menontonnya.
Sekarang cerita wayang The Expendables 2 pun sedang bermain di pawagam. Ramai rakan-rakan penulis sudah menontonnya. Mungkin penulis kena tunggu beberapa bulan lagi untuk memuatturun cerita tersebut.
Alahai.
Mula-mula penulis ingatkan Gangnam style itu seperti geng enam jahanam begitu. Rupa-rupanya penulis sudah tersilap.
Sebenarnya Gangnam style adalah trend muzik Korea pop terkini yg anak muda mudi tergila-gilakan sekarang. Dan Gangnam adalah nama sebuah perkampungan di Korea juga.
Alahai.
Penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka yg ke-55 untuk semua kawan-kawan lah. Moga-moga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Aminn.
Alahai.
Selepas tiga tahun, penulis masih lagi teringin melihat perubahan pembaikpulihan Stadium Sultan Mizan yg runtuh itu.
Alahai.
Hariraya aidilfitri hari yg pertama semalam, penulis sudah pulang ke kampung halaman. Menjenguk ayahnda penulis yg uzur yg sekarang tinggal bersama-sama keluarga adinda lelaki.
Kami meluangkan masa juga menziarahi pusara ibunda penulis.
Walaupun penulis membawa kamera, tetapi penulis tidak mengambil sebarang gambar ketika di kampung. Sesuatu yg jarang-jarang penulis lakukan.
Alahai.