HI

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Selepas beberapa lama (3 tahun) menghibernasi blog ini, me dengan senang hati dan penuh keinsafan membuka kembali agar dapat dimanfaatkan pengalaman2 dan cerita2 lama me mengharungi hidup di dunia yang fana ini. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Yg tak elok jadikan sempadan. Kannn.

Untuk makluman, me tak akan kemaskini blog yg ini lagi dan untuk cerita terbaru (2015) silalah kelaman blog rakan me yang itu: [+ TIGALALAT ]

Alahai.

KELIP KELIP KUSANGKA API

Kampung Kuantan, Sungai Selangor

Kelmarin petang lepas waktu bekerja, penulis sudah berlarian lagi ke Kuala Selangor. Sebenarnya sudah lama penulis teringin hendak pergi melihat kunang-kunang yg berkelipan di malam hari di Kampung Kuantan itu.

Kunang-kunang atau kelip-kelip (fireflies, Pteroplyx tener) adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang yg hanya hidup di pokok berembang (Sonnoretia Casealaris).

Penulis juga terjumpa petikan lagu nyanyian Malik Ridzuan, gubahan Ooi Eow Jin dan lirik oleh Habsah Hassan.

Kelip kelip ku sangkakan api
Sinar mentari membawa cahaya
Kau hilang ghaib sangkaku kau benci
Kiranya sengaja nak menduga

Alahai.

PANTAI JERAM, SETIA CITY MALL

Pantai Jeram

Kelmarin sore sebelum penulis pergi menyaksikan lampu kerlipan kunang-kunang di Kampung Kuantan, penulis sudah singgah di jeti tunggal Pantai Jeram.

Dan dari Kampung Kuantan, bila pulang, penulis sempat singgah juga di pusat beli belah Setia City Mall yg baru dibuka itu. Penulis menangkap gambiran pancuran air saja.

Alahai.

Setia City Mall

BUKIT TOKIO SUNRISE

Bukit Tokio Sunrise This Morning

Semasa penulis berlarian ke pejabat pagi tadi, penulis nampaklah matahari membulat berselaput jerebu tebal di ufuk timur. Tetapi apabila penulis tiba di pejabat dan hendak menangkap gambiran matahari itu, tiadalah hajat penulis kesampaian kerana matahari itu berada dibalik bangunan apartment pula.

Alahai.

7 PERHENTIAN: PAGOH KE MERLIMAU

1.1 Jintan Manis inside a jar. Nasuha Herbs & Spices Museum. Pagoh, Johor. 2012.

Hari Malaysia semalam, penulis sudah berlarian dari Pagoh melimpasi Sungai Mati dan terus ke Jeti Merlimau. Tujuan larian penulis hanyalah berlari-lari saja sambil menjenguk tempat-tempat menarik.

Di Pagoh, penulis singgah menjamu selera di restoran Nasuha Herbs & Spices dengan memakan mee bandung berempah dan air teh berempah juga. Semasa disini, penulis baru tahu yg majlis perarakan Hari Malaysia diadakan di bandar Bintulu, Sarawak.

Dari restoran Nasuha, penulis meneruskan pelarian menziarahi makam Sultan Alauddin Riayat Shah, sultan Melaka yg ketujuh di Kampung Raja. Disitu penulis berjumpa dan berbual-bual seketika dengan guru silat dari Kepong katanya.

Seterusnya penulis berlarian juga ke Merlimau melawat rumah penghulu Demang Abdul Ghani (Penghulu Mat Natar) sebelum singgah di Jeti Merlimau.

Dan dalam perlarian itu, terjumpalah penulis juga dengan tangki air yg dihiasi dengan tengkolok ‘Solek Dendam Tak Sudah’.

Alahai.

1.2 THE FOOT MASSAGES, NASUHA HERBS & SPICES, PAGOH, JOHOR. 2012.
2.1 Makam Sultan Alauddin Riayat Shah, Kampung Raja, Pagoh, Johor. 2012.
2.2 AQI IS READING THE GRAVE’S NOTES, PAGOH, JOHOR. 2012.
3. Sungai Mati Tank No. 1 and No. 2, Merlimau, Melaka. 2012.
4.1 Tengkolok, Tanjak or Destar as a Water Tank, Merlimau, Melaka. 2012.
4.2 Tengkolok Solek Dendam Tak Sudah, Merlimau, Melaka. 2012.
5.Lotus (Nelumbo nucifera), Sungai Rambai, Merlimau, Melaka. 2012.
6.1 aQi infront of Rumah Penghulu Abdul Ghani, Merlimau, Melaka. 2012.
6.2 Galeri Demang Abdul Ghani aka Penghulu Md Natar, Merlimau, Melaka. 2012.
6.3 Rumah Penghulu Abdul Ghani, Merlimau, Melaka. 2012.
6.4 Rumah Penghulu Abdul Ghani, Merlimau, Melaka. 2012.
7. Jeti Merlimau, Melaka. 2012.
Google roadmap, from Pagoh to Merlimau. 2012.