Month: April 2011

THIS IS WHAT I SAW DURING THE BODY MASSAGE

WISATAWAN DI BALI: DAY FOUR AND THE LAST DAY

Arini (Senin) last haku kat Bali. Sblom ke airport, massage satu bodi dulu. Adoiii.

Citer lain. Haku dah balik dari berwisatawan (melancong) di Bali Senin lepas. Banyak lagik gambo2 yg haku tak sempat nak edit dan upload kat blog fotolumayan yg inih. Ada 8,982 keping gambo termasuk RAW dan JPEG fines yg bersaiz 96 gigabytes. Gambar fasha sandha berbikini ada di blog orglen oke.

WISATAWAN DI BALI: DAY THREE

Sama mcm smlm pas suboh, haku gi tangkap gambar sunrise kat pantai bakang hotel. Tapi kalini haku dah gi kat hujung pantai dermaga konkrit tuk amek gambo awek2 jawa Mount Agung yg lebih dramatik.

Arini (Ahad hari ketiga) haku dibawa rombongan ke utara barat pulau. Melawat Tanah Lot, yg dipotong oleh hakisan pasang surut, angin dan hujan dan luar pantai batu batan gunung berapi yg unik. Tanah Lot ialah tempat pemandangan kuil-laut dari abad ke 16. Dengan persekitaran kuil meewarnai panorama sunset yg fantastik haku dapat nikmati pada waktu senja tadi.

Sebelum itu, haku dibawa ke kampung Mengwi yg terdapatnye kuil keluarga diraja abad 17, menikmati udara gunung yg fresh dan kecantikan Tasik Beratan dan kuil Ulun Danu yg menjadi hiasan dibakang uang rupiah 50 ribu.

Tidak kesampaian melawat Alas Kedaton yg terdapat monyet jinak katanye.

Makan lunch di kampung Pacung.

Makan dinner pula di restoran Bandung dengan jamuan nasik sunda. Esok dah nak balik wehh.

Lesson learned hari ketiga:

  • If you lost in crowded and confusing Tanah Lot, please wait at the Security Guard post.
  • Sometimes the best person to ask about the musholla is the restaurant staff, not our Hindu tour guide.
  • If you got the opportunity to shoot Babi Guling signs, just snap it with your phone camera.

[private: me next to cliffs of madness. ]

WISATAWAN DI BALI: DAY TWO

Pagi2 haku dah tercanguk tepi pantai Sanur bakang hotel tembak gambo sunrise. Tapi awan tebal tak dpt tangkap gambo mentari pulak.

Tempat pertama haku pegi pagi nih ialah ke Batu Bulan Village, tengok tarian Barong & Kris. Dapat bergambo dgn penari2 dibakang pentas.

Pastu kami terus ke bandar Ubud, singgah tengah jalan melawat kuil dalam perjalanan ke Saraswati. Disitu tak sempat nak tunggu Cock Fighting kul 2 petang pulak.

Singgah di Tegalalang amek gambo sawah padi dilereng bukit yg ijo dan cantik juger. Sibbaik takdok pacat uoolss.

Haku lunch kat restoran di Kintamani bersebelahan Mount Batur dan Danau Batur. Disebelahnye ade Mount Abang. Kat pintu masuk restoran ada penjaja terdesak dan mendesak macam biasa jual barang tourist musholla (surau) yg bersih.

Dari Kintamani terus ke Tampaksiring yg ada holy spring temple – tengok orang mandi (bukan telanjang oke). Kuil Thirta Empul yg dibina sejak abad ke 11.

Tak kesampaian melawat Goa Gajah di kampung Bedulu.

Balik dari Tampaksiring hari dah malam, jadi haku terus pulang ke hotel di Sanur. Itupun berenti makan malam di restoran Minang berdekatan situ.

Lesson learned hari kedua:

  • Tak bawak external flash haku (tertinggal dirumah hinggap) memang sesuatu yg amat mendukacitakan.
  • Tripod walopon dibawak dan dikendong selalu, tapi tak penah digunakan walopon pada cuaca gelap.
  • I need extra battery. Tapi arini ngam2 jer sampai kat tempat restoran minang battery pon kong.

WISATAWAN DI BALI: DAY ONE

Wilayah Persekutuan Putrajaya

Pagi2 semalam (Jumaat) pas Subuh sudah singgah di Putrajaya. Mencari spot yg baik utk tangkap gambo Masjid Besi semasa sunrise memang mencabar juge. Dengan takdok bau jalan utk parkir mobil dan terpakse parkir kat tanah yg becak pulak.

Dari LCCT Sepang, sampai Ngurah Rai Bali International Airport sudah petang. Bergegas ke hotel di Sanur, sempat masuk bilik hotel utk mandi dan solat. Bergegas ke Uluwatu nak tengok tarian kechak ketika sunset. Berkejar-kejaran dgn ramainye orangramai. Kebetulan arini (Jumaat) adalah hari Good Friday dan cuti umum di Indonesia, Singapore, Hong Kong dan sewaktu dengannye. Sibbaik sempat tangkap gambar sunset dan tengok tarian kechak dipenghujungnye.

Dari Uluwatu haku terus dibawa ke Jimbaran Restoran. Dalam perjalanan haku singgah di Pecatu Indah Resort – amek gambo patong monyet bersilat pulak. Dan di Jimbaran Restoran pon jalan macet macam biasa je. Makan dinner seafood. Ooops tambah fanta merah satu. Balik ke hotel haku terus download segala gambo2 dari memory card ke laptop. Tapi haku tau takleh nk update blog sbb internet takdok.

Lesson learned hari pertama.

  • Tak payah cepatkan jarum jam sbb waktu di Bali dgn waktu di Masai sama. Memang 3 jam penerbangan.
  • Kena isi borang ‘declaration’ masa nak masuk Bali oke.
  • Pastikan bawak power socket adaptor sbb tak sama power plug dgn negara seberang. Walopon power ratingnye sama. Tapi sibbaik hotel ada sediakan adaptor utk disewa.

Disclaimer: Kalo ader yg terase entri2 haku gi Bali ni nampak macam nak menunjuk2 haku mintak maap naa. Haku takdok niat pun nak berlagak ke ape. Just nak share citer jer. Boleh kan. Kalo tak suke, leh klik Button X kat atas kanan oke. Dan entri2 haku nih takdok kena mengena dengan blogger lain yg baru balik dari Bali juger. Kalo ader persamaan gambo2 dan citer2 anggaplah itu sebagai kebetulan saje. Ayat klise gitu.

[Private: me and three dancers ]

UANG INI NGGAK LAKU, PAK

Bulan lepas kan haku ke Batam. Haku ade bawak lebihan uang rupiah dari mQ yg penah ke Indon beberapa tahun lampau.

Di Batam haku dibgtau, uang 50 hibu rupiah lama (dari mQ) dah tak diperlakukan sebagai tunai lagik. Manalah haku tahu.

Teringat dulu masa tolong tukarkan mQ duit won Korea di Holiday Plaza Pelangi. Kedai money changer mamak Muslim pown sanggup menipu jugak erk. Dibaginye haku duit korea kuno yg dah tak laku juger. Dem.

Citer pasal duit rupiah 50 hibu yg baru pulak. Kat bakangnye ada gambar pura (kuil) di Tasik Beratan Bali pulak. Ooops.

Citer pasal nak ke Bali. Sumer barang kena check sendirik (macam biasa lohh).
Paperwork? Check.
Shots? Check.
Baseball cap, sunglassess, suar dalam corak suratkabar lama, tootbrush, and nervous excitement? Check.

Doa perjalanan jauh.

“Ya Allah aku berlindung denganMu dan selamatkanlah perjalananku dari segala musibah yang tidak diingini, jauhilah aku daripada mereka yg suka menipu, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung. Amin ya robbal alamin.”

Hummmmmm.

Indonesian Rupiah Fifty Thousand (RM 19.40)