TAKPERLAH, ME PASS

THE 23RD ANNIVERSARY THAT YOUR FATHER FORGOT AND YOUR MOTHER DOESN’T CARE ABOUT LEGOLAND

Semalam selepas menghantar kak Jnulekasnova (klise!) untuk diservis buat pertama kalinya, penulis berlari-larian ke Nusajaya untuk melihat sendiri taman tema Legoland yg sedang glemer yg akan dibuka pada 15hb September 2012 ini.

Walaupun ada rakan-rakan penulis yg berkata bahawa panduan jalan arah ke Legoland amatlah mudah, tak susah nak mencari, dan signboardnya besar-besar amatlah mencabar juga. Penulis merasakan cabaran yg sama semasa penulis mula-mula mencari pusat beli-belah JPO Kulaijaya dulu-dulu. Sepatutnya signboard atau papantanda yg besar-besar sudah terpancang awal-awal dari Taman Perling lagi, atau dari bandaraya Johor Bahru lagi, atau dari pekan Masai lagi. Ala, seperti papantanda majlis budak-budak pengantin yg ditampal kat tiang-tiang trafik jalanraya. Boleh kah begitu? *Senyum.

Disebabkan penulis tiada tiket undangan percuma, maka penulis hanya mampu mengencis saja dari pintu luar dan menangkap sekeping dua keping gambiran saja sudah. Lagipun ditengahari yg terik tanpa adanya apek yg menjual aiskrim batang, yg membuatkan penulis dibanjiri peluh atas dan bawah.

Sambil itu, penulis tidaklah hendak menunjuk-nunjuk gambiran-gambiran lain selain sekeping saja diatas kerana ramai sudah rakan-rakan penulis yg lain yg sudah berjaya masuk kedalam taman secara percuma dan mengambil gambar yg lebih mancongkam.

Alahai.

12 thoughts on “TAKPERLAH, ME PASS

  1. laaa…nape tak tanya gb jalan nak ke legoland…? Mmg signage dia start from nusajaya… Patutnye mpjbt dah kene start upgrade signboard dr skrng…

  2. Happy 23rd Anniversary en me.
    Semoga kekal bahagia selama2nya.

    Abang ipar saya pun tergoda nak ke Legoland selepas tengok gambar2 saya.
    Dia pun setakat tengok dari luar sahaja.
    Alahai…

  3. Si bujang saya dah hint2 nak ke sini..bila abahnya cek website; adoi hampir RM1000 satu famili tiket masuknya…tu belum masuk duit minyak, duit hotel..waduh. Nantile dulu..kena kerja kumpul duitle gamaknya.

Comments are closed.